Tanda-Tanda Kucing Hamil
Biasanya kucing akan tinggal di satu tempat untuk tempoh masa yang lama. Lain pula buat kucing yang sedang hamil.
Kucing akan tidur sebentar, bermalas-malasan kemudian berpindah tempat, dan akan diulanginya beberapa kali dalam satu hari. Ini berlaku kerana naluri kucing untuk mencari tempat yang paling selamat dan terbaik untuk kelahiran anaknya.
Berikut ini Aliffchannel.com kongsikan ciri-ciri kucing yang sedang hamil memetik dari laman Vebma.
Ciri-Ciri Kucing Yang Sedang Hamil
Kucing jadi manja
Kucing yang hamil juga akan mempunyai sikap yang lebih manja berbanding sebelum ini.
Mula membuat sarang
Apabila kucing mahu melahirkan anak, ibu kucing akan membuat sarang lembut dan selesa untuk kelahiran anaknya nanti. Biasanya sarang ini dibuat dari susunan daun, kain atau apa sahaja yang dapat dijumpai sebagai alas. Untuk mengelakkan kucing memungut pakaian atau tuala dijadikan bersarang, pemilik kucing boleh menyediakan kain-kain terpakai, disusun di satu tempat dan biarkan kucing menyusunkannya sendiri, biasanya ditempatkan di tempat yang agak gelap, seperti sudut sesuatu tempat atau di dalam bilik.
Air susu
Apabila kucing memasuki fasa kehamilan, iaitu sekitar minggu ke-6 kehamilan, puting kucing akan mengeluarkan susu. Jika anda melihat susu ini, anda boleh meramalkan 2 hingga 3 minggu kemudian, kucing akan melahirkan anak.
Memilih makanan
Walaupun tidak semua kucing akan melakukan ini, tetapi ada beberapa kucing mengandung, mempunyai tingkah laku yang unik, ia akan lebih memilih makanan untuk dimakan. Keadaan ini hanya akan berlangsung beberapa hari, ketika makanan yang disajikan tidak berubah, dia akan tetap memakannya.
Sensitif
Kucing hamil muda, usianya kira-kira 1-3 minggu akan mengalami perubahan sikap, salah satunya adalah sikap sensitif di mana kucing mudah marah dan tidak lagi mesra. Lebih baik tidak bermain dengan kucing hamil.
Bulu luruh sekitar puting
Bulu di sekitar puting juga akan luruh. Perkara yang unik ini adalah munasabah, tidak perlu terlalu risau tentang keadaan ini.
Kitaran nafsu terhenti
Kehamilan dalam kucing akan segera menghentikan kitaran hawa nafsu yang dialami. Perubahan hormon yang berlaku semasa mengandung adalah apa yang mencetuskan pemberhentian kitaran hawa nafsu kucing.
The post Tanda-Tanda Kucing Hamil appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I08khh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment