Hi! Welcome Back and Stay Tune! 14 Rekod Buruk Kerajaan Pulau Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

14 Rekod Buruk Kerajaan Pulau Pinang






Tulisan asal oleh:
Edisi Khas PRU-14, Mingguan Malaysia, 6 Mei 2018

1. Negeri pertama di mana Ketua Menterinya disabitkan dua tuduhan rasuah tetapi masih enggan meletak jawatan.

2. Setiausaha Kehormat DAP yang pertama menghadiri debat terbuka di bawah Parlimennya, dalam negeri yang mana beliau ialah Ketua Menteri walaupun telah dituduh terlibat dalam skandal RM20.5 bilion.

3. Negeri pertama dengan tidak segan silunya menerima segala pujian atas pengurangan hutang 90% walaupun mengetahui bahawa Kerajaan Persekutuanlah yang mengambil alih aset kerajaan negeri dan menukarkan ia kepada bentuk pajakan selama 45 tahun secara tahunan di mana negeri menerima hasil yang sama.

4. Kerajaan negeri pertama meningkatkan perbelanjaan operasi sehingga 500% sepanjang 9 tahun.

5. Kerajaan negeri pertama dengan jumlah kegagakan paling tinggi dalam melaksanakan projek mega yang tidak sempat dimulakan termasuk Terowong Pulau Pinang, PTMP, Projek Temasek BPO, Hospital Pelancongan Taman Manggis, Eco Marina dan lain-lain lagi.

6. Kerajaan negeri pertama yang menipu bahawa mereka tidak pernah meluluskan sebarang projek lereng bukit dan akhirnya dibongkarkan oleh Ambiga yang menyatakan bahawa Kerajaan P. Pinang DAP telah meluluskan hampir 55 buah blok projek pembangunan berkapasiti tinggi di lereng bukit antara tahun 2008 dan 2015.

7. Kerajaan negeri pertama meluluskan projek tambakan dengan bilangan paling tinggi termasuk satu projek berkeluasan 4,500 ekar – melebihi keluasan saiz gabungan Forest City Johor dan Melaka Gateway.

8. Kerajaan negeri pertama yang dikesan melindungi sebuah kilang yang mencemarkan alam sekitar dan meningkatkan bilangan kes kanser di seluruh kawasan kampung dan akhirnya membuat permohonan maaf apabila diketahui.

9. Kerajaan DAP pertama yang membenarkan Johor dan Melaka memintas Pulau Pinang bagi pendapatan isi rumah median.

10. Kerajaan negeri pertama yang mengambil kredit kerajaan negeri sebelumnya yang mana telah merekodkan nilai pelaburan tertinggi di kalangan semua negeri dan terus merudum lalu tidak dapat menduduki tangga teratas untuk tahun ke-7 berturut-turut.

11. Negeri yang memiliki projek lebuhraya paling mahal (PIL) berasaskan pengiraan kilometer pada nilai RM385 juta per km atau RM7.5 bilion untuk 19.5km – dua kali ganda lebih mahal daripada RM160 juta per km projek lebuhraya KIDEX yang didakwa DAP sebagai projek termaha Malaysia pada 2014.

12. Kerajaan negeri pertama yang menganugerahkan projek pengangkutan, yang hanya membenarkan syarikat berkenaan meneruskan projek 10 tahun dan siap sepenuhnya 15 tahun kemudian, lalu menyatakan bahawa projek berkenaan diperlukan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

13. Kerajaan yang menganugerahkan projek konsesi tol berat sebelah di dunia yang mana kerajaan negeri membayar penuh kontraktor yang membina terowong tetapi masih membenarkan mereka mengutip tol semalam 30 tahun.

14. Kerajaan negeri yang membayar harga paling tinggi dalam sejarah bagi perkhidmatan konsultan untuk membuat laporan kos RM305 juta tetapi tidak ambil peduli tentang laporan yang tidak pernah siap itu.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wsh2Ag

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.