Fakta : Jumlah Penonton FB Live Boleh Dimanipulasi
Seorang ahli akademik membangkitkan keraguan mengenai jumlah penonton ketika sesuatu siaran langsung untuk kempen pilihan raya umum (PRU) menerusi laman Facebook.
Kaedah tersebut kini mula digunakan secara luas oleh parti-parti politik bagi menggambarkan sokongan masyarakat kepada mereka walhal ia boleh dimanipulasi dengan pembelian digital.
Felo (Pengajian Komparatif) Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata berdasarkan pemerhatiannya, ada ‘kepelikan’ dan khilaf yang berlaku dalam beberapa ‘Facebook live’ dilakukan segelintir pihak dalam PRU14.
“Sebagai contoh, satu ceramah yang disiarkan secara live di tiga laman Facebook berbeza. Katakanlah ketiga-tiga laman ini menunjukkan jumlah penonton sebanyak 14,450, dan jumlah ini meningkat dan menurun serentak setiap saat di ketiga-tiga laman Facebook yang berbeza ini. Adakah ini munasabah?
“Ini bermakna, jumlah penonton sedang dimanipulasi secara elektronik kerana adalah mustahil ketiga-tiga laman ini mempunyai jumlah penonton yang sama setiap masa,” katanya dalam satu kenyataan.
Soalnya, secara logik, apabila seseorang menonton ‘Facebook live’ adakah mereka akan membuka tiga laman sekali gus, seolah-olah menonton tiga saluran televisyen serentak.
Media sebelum ini melaporkan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Pakatan Harapan (PH) menyasarkan 10 juta pengundi di seluruh negara mengikuti siaran langsung ceramah pada 8 Mei ini di Langkawi menerusi Facebook Tun Dr. Mahathir Mohamad, selain menyatakan tontonan ceramah Mahathir di Putrajaya pada Jumaat lalu, mencecah 60,000 tontonan di Facebook.
Noor Nirwandy berkata berdasarkan pemantauan, terdapat ‘service provider‘ menawarkan pembelian ‘like’ secara digital termasuk http://www.thesocialmarketeers.org/buy-facebook-live-feed-viewers/ dengan menawarkan pakej antara US$19.98 untuk 100 tontonan hingga US$149.98 untuk 1,000 penonton.
Selain itu, katanya http://www.sharefans.com/facebook-live-stream-views yang menawarkan pakej istimewa antara US$15 untuk 100 penonton hingga US$80 untuk 1,000 penonton.
Beliau berkata tindakan membeli penonton itu boleh disimpulkan sebagai cuba mewujudkan ‘winning psyche‘ atau rasa menang dan berkuasa di media sosial, sekali gus meningkatkan semangat para penyokong seolah-olah mereka berkuasa dan boleh menang besar dalam PRU14.
Tambahnya, ‘winning psyche’ itu penting untuk memberikan ‘feel good factor’ yang memberi gambaran positif kepada orang yang menonton.
Selain itu, katanya ia juga penting kerana bertindak sebagai ‘band wagon factor’ kepada golongan yang tidak mempunyai kecenderungan tegar kepada mana-mana parti khususnya pengundi muda.
“Like dan share yang mungkin dijana hasil strategi manipulatif dan pembelian digital akan membuatkan emosi masyarakat teruja dan menyertai perbuatan like dan share, malahan bersetuju atas dasar emosi kesamaan dan bukan pada dasar pertimbangan dan persetujuan pada kempen politik media sosial parti berkaitan,” katanya.
– BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I20O6w
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Enjoyed a lot while reading this amazing article this was very informative & knowledgeable content on this blog thanx for sharing such an amazing article. buy facebook live stream viewers
ReplyDelete