Panggilan 'spam' dari AS dan UK
KUALA LUMPUR: Hello! Hanya itu jawapan seorang lelaki menjawab panggilan telefon daripada wartawan yang cuba mengesan panggilan 'spam' diterima beberapa pemimpin tinggi kerajaan termasuk calon parti bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sejak malam tadi.
Malah, sebaik wartawan menyatakan menerima panggilan daripada nombor itu dan bertanya untuk tujuan apa panggilan dibuat, lelaki yang menjawab panggilan kemudian terus mematikan perbualan.
Panggilan itu adalah satu daripada tujuh cubaan panggilan terhadap nombor telefon dari Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), dipercayai digunakan pihak tertentu untuk mengganggu perhubungan terutama antara pihak keselamatan yang bertugas ketika PRU-14.
Antara nombor berkenaan adalah +150768166481, +125427868230, +150873021530, +104233214142,+16182437257 dan +115457553331 dari AS dan nombor +447403926341 dari UK.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini menasihatkan individu yang menerima panggilan dari luar negara supaya tidak menjawab panggilan berkenaan.
Katanya, panggilan itu adalah serangan siber atau BOTS yang boleh mengganggu talian komunikasi, malah difahamkan individu yang menjawab panggilan berkenaan bukan sekadar mengalami gangguan telekomunikasi, sebaliknya menyebabkan peningkatan bil telefon.
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I0rC72
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment