Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemerhati Antarabangsa Pantau PRU14 Tiba Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemerhati Antarabangsa Pantau PRU14 Tiba Di Malaysia





SEPANG, 7 Mei (Bernama) -- Pemerhati antarabangsa dari sembilan negara mula tiba di Malaysia hari ini bagi memantau penjalanan proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.


Kumpulan pertama pemerhati dari Maldives yang diketuai Pengerusi Election Commission of Maldives Ahmed Shareef, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada 7.20 pagi tadi.


Ketibaan mereka disambut Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk K. Bala Singam.


Kumpulan pemerhati dari Thailand dijangka tiba pada 12.15 tengah hari, diikuti pemerhati dari Azerbaijan pada 3.30 petang.


Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebelum ini berkata SPR menjemput 25 pemerhati antarabangsa bagi memantau perjalanan proses PRU14 iaitu dari Azerbaijan, India, Indonesia, Kemboja, Kyrgyztan, Maldives, Pakistan, Thailand dan Uzbekistan.


Selain itu, SPR turut melantik 1,236 pemerhati pilihan raya daripada 14 badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk memantau proses pilihan raya itu.


-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KMvy9f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.