Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Kejam! Beratus-Ratus Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dibuang Dalam Longgokan Sampah Gara-Gara Tradisi Primitif... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Kejam! Beratus-Ratus Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dibuang Dalam Longgokan Sampah Gara-Gara Tradisi Primitif...



Beratus-ratus mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui terbiar dalam longgokan sampah di Pakistan sejak setahun lalu, dipercayai ada kaitan dengan tradisi segelintir masyarakat di sana yang mengutamakan anak lelaki.

Sejak awal tahun 2017, sebanyak 345 bayi ditemui mati di sekitar Karachi, bandar paling padat di Pakistan. 99 peratus daripadanya adalah bayi perempuan, menurut laporan media tempatan.


Malah, ada juga laporan daripada aktivis tempatan yang menyebut mayat bayi perempuan berusia 4 hari ditemui dengan kesan luka pada lehernya. Dalam satu kejadian yang lain, seorang bayi yang ditemui orang ramai menemui ajal apabila dilontar batu setelah 'orang lama' dalam komuniti menuduh bayi tersebut adalah anak tidak sah.

Image result for PAKISTAN More than 1200 newborn baby girls killed each year

Menurut laporan The News International, aktivis daripada Chhipa Welfare Foundation memberitahu mereka berhadapan sebanyak 93 kes sedemikian di Karachi, dengan 70 kes berlaku pada tahun 2017 manakala 23 kes tahun ini.


Di Pakistan, membuang bayi adalah satu kesalahan jenayah dan pihak polis memberitahu kemiskinan dan buta huruf menjadi faktor utama mendorong ibu bapa-ibu bapa membuang bayi mereka.

Bagaimanapun, Anwar Kazmi daripada Yayasan Karachi Edhi Center berkata, majoriti daripada kes pembuangan bayi berlaku disebabkan ia lahir dari perhubungan luar nikah.


Katanya lagi, wanita yang melahirkan bayi luar nikah biasanya akan dihukum bunuh disebabkan stigma masyarakat manakala si bapa akan terselamat kerana seringkali dilindungi oleh keluarga.

Image result for PAKISTAN newborn baby girls killed each year

''Kami sudah kerap kali berhadapan dengan kes sebegini sejak bertahun lamanya dan ada beberapa insiden yang berlaku sangat menyentuh jiwa. Ia membuatkan kami terfikir sama ada masyarakat kami kini sedang menuju ke era primitif kembali.'' katanya.


Media juga turut membawa laporan yang diterbitkan oleh Oxford Institute of Population Ageing yang mendapati masyarakat di Pakistan mengutamakan anak lelaki dan rakyat negara itu perlu mencari jalan untuk mengatasi 'ketidakadilan jantina yang berpegang kepada persepsi bahawa anak lelaki lebih bernilai berbanding anak perempuan'.

Seorang pegawai polis memberitahu bahawa pihaknya hanya dapat menjalankan siasatan secara terperinci sekiranya ada laporan polis di buat, namun katanya, polis hanya menerima satu laporan sahaja sepanjang tahun lepas berhubung kematian bayi akibat dibuang.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FXhUg1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.