Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) "Orang Ejek Kami Budak Hantu." Dua Beradik Terpaksa Menyorok Untuk Elakkan Diri Dari Pandangan Orang Ramai.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) "Orang Ejek Kami Budak Hantu." Dua Beradik Terpaksa Menyorok Untuk Elakkan Diri Dari Pandangan Orang Ramai..



Dua kanak-kanak lelaki di India ini sekian lama dipinggirkan di sekolah kerana mempunyai gigi runcing dan rambut yang nipis akhirnya mampu menarik nafas lega selepas diterima kembali oleh penduduk di sebuah kampung pedalaman, Madhya Pradesh.


Ashfaq Khan, 11, dan Mushtaq Khan, 8, sering diejek sebagai 'Budak Hantu' gara-gara fizikal mereka yang pelik menjalani kehidupan yang menyeksakan apabila terpaksa menyorok di belakang dinding untuk mengelak daripada menjadi tatapan mata manusia yang tidak boleh menerima kehadiran mereka, hypohidrotic ectodermal dysplasia (HED), yang menyukarkan mereka untuk berpeluh, masalah gigi dan rambut.


Hanya baru-baru ini saja keadaan menjadi lebih baik buat mereka apabila satu kempen yang dijalankan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyedarkan masyarakat sekeliling membuahkan hasil positif.


NGO tersebut turut berkongsi beberapa gambar menyentuh hati yang menunjukkan masyarakat di situ mula menerima kehadiran dua orang kanak-kanak tersebut apabila mereka mampu bermain bersama-sama kanak-kanak lain.


Satu lagi gambar yang didedahkan apabila adik beradik ini tersenyum dan menampakkan kelainan pada gigi mereka. Mereka dilihat gembira untuk menjalani kehidupan normal apabila penduduk setempat mula menegur dan melemparkan senyuman pada mereka.


Suatu ketika dahulu, kanak-kanak ini seringkali menangis apabila mereka diejek oleh orang kampung kerana penampilan luaran mereka. Keganjilan genetik itu menyebabkan mereka mempunyai gigi runcing dan tajam, rambut nipis bewarna kelabu, hidung leper, kulit pecah dan gelap selain suara yang aneh.

Menjadi mangsa buli disekolah menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan pengajian mereka, terutamanya digelar hantu oleh rakan-rakan sekelas.

''Saya dan adik saya dianggap sebagai hantu disekolah. Rakan-rakan tidak mahu bermain dengan kami. Kami tidak mahu ke sekolah lagi kerana sering dimalukan,'' kata Ashfaq.


Dengan bapa mereka yang bekerja di ladang dan meraih pendapatan £50 (RM 266) sebulan, ia nyata menyukarkan keluarga itu mendapatkan perkhidmatan pakar bagi mengetahui punca kepada keganjilan yang berlaku pada kanak-kanak ini.


''Kami sangat miskin, malah kami tiada kelengkapan asas seperti peti ais, kipas ataupun penyejuk. Mereka cepat panas disebabkan penyakit mereka (sukar berpeluh), jadi kami hanya mencurahkan air sahaja ke badan mereka setiap satu jam setengah,'' kata ibunya, Abila.


Ahli perubatan menjangkakan kanak-kanak tersebut mungkin akan mengalami masalah kesihatan yang lebih teruk disebabkan ibu bapa mereka gagal menyediakan rawatan sepatutnya disebabkan kemiskinan, selain tinggal di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada perubatan pakar dan moden.

''Saya hanyalah doktor biasa, saya tidak boleh mendiagnosis kanak-kanak ini dengan kaedah yang betul. Saya telah menasihati ibu bapa ini untuk bertemu dengan pakar atau ia mungkin menjadi lebih buruk.

''Ibu bapa mereka berharapkan keajaiban berlaku kepada anak mereka, dan berharap ada pihak yang sudi membantu,'' kata Dr. Mukesh.

VIDEO:



Sumber : Dailymail


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wkzAmb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.