Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ingatkan Ikan Benong, Rupanya Sang Bedal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ingatkan Ikan Benong, Rupanya Sang Bedal



“SAYA sangka jaring dipenuhi ikan tapi terkejut selepas melihat buaya tersangkut," kata nelayan, Murah Busra, 45. Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, dia bersama adiknya sedang menangkap ikan benong di sungai berhampiran sungai Tanjung Jol Muara Lassa, Mukah, sebelum mendapati buaya tersangkut pada jaring. 

"Jaring yang ditarik terasa begitu berat kerana saya terbayang ikan benong yang banyak tersangkut pada jaring. Kami kemudian berhempas pulas menarik jaring berkenaan tetapi terkejut selepas melihat buaya tersangkut," katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau berkata, selepas beberapa minit menarik jaring, buaya dengan berat lebih 60 kilogram dan sepanjang hampir 4 meter itu sudah mati. Katanya, ini adalah pengalaman pertamanya sepanjang enam tahun menjadi nelayan, reptilia berkenaan tersangkut pada jaring.

"Saya bersyukur kerana sang bedal berkenaan sudah mati kerana jika hidup sudah pasti ia akan bertindak agresif yang sudah pasti mengundang risiko kepada kami. Buaya berkenaan kemudian ditunda ke jeti sebelum ditarik ke darat untuk ditanam dengan bantuan penduduk kampung," katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wwfVPY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.