Hi! Welcome Back and Stay Tune! 14.9 Juta Pengundi Tentukan Mandat Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

14.9 Juta Pengundi Tentukan Mandat Hari Ini


KUALA LUMPUR: Selepas 11 hari mengharungi kempen sengit, nasib semua parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berada di tangan 14.9 juta rakyat Malaysia yang akan menentukan mandat mentadbir negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sebanyak 8,253 pusat mengundi dengan 28,115 saluran dibuka mulai jam 8 pagi ini dengan tempoh pengundian berbeza mengikut lokasi serta jumlah pengundi. Waktu pengundian ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang untuk memberi laluan kepada proses pengiraan.

Sebanyak 83 peratus daripada 278,590 pengundi awal, sudah menunaikan tanggungjawab mengundi menerusi 586 pusat mengundi di seluruh negara pada Sabtu lalu, tidak termasuk pengundi pos polis dan tentera.

PRU-14 ini menyaksikan 687 calon bertanding merebut 222 kerusi Parlimen, manakala 1,646 calon bersaingan bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak termasuk DUN Sarawak.

Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan kedudukan sebagai parti membentuk Kerajaan Pusat sejak negara mencapai kemerdekaan, bertanding semua 222 kerusi Parlimen.

Manakala tiga parti dalam pakatan pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PPBM serta Parti Amanah Nasional (PAN) yang bertanding menggunakan lambang PKR, meletakkan calon di 191 kerusi.

Blok ketiga yang diterajui PAS pula bertanding di 160 kerusi, manakala yang lain termasuk Parti Warisan Sabah (Warisan) bertanding 17 kerusi Parlimen di Sabah.

Ketika penamaan calon pada 28 April lalu, BN mendahului saingan apabila Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN Rantau yang disandangnya.

Walaupun hari pengundian ditetapkan pada Rabu, namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada pengundi, akan keluar mengundi mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

PRU-14 ini disifatkan sebagai paling sengit dalam sejarah PRU, apabila 151 kerusi Parlimen menyaksikan pertembungan tiga penjuru, 33 kerusi Parlimen (empat penjuru), enam kerusi Parlimen (lima penjuru) dan dua kerusi Parlimen (enam penjuru).

Pertembungan sengit dijangkakan berlaku pada sekurang-kurangnya 46 kerusi Parlimen, termasuk 29 kerusi yang disandang BN, kerana kawasan terbabit dimenangi dengan majoriti kurang daripada 3,000 undi pada PRU-13.

Ketika ini, tiga negeri berada di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Kelantan di bawah PAS sejak 1990, manakala masing-masing Pulau Pinang di bawah DAP dan Selangor di bawah PKR sejak 2008, manakala selebihnya dipimpin oleh BN.

Pada PRU-13, BN menang 133 kerusi Parlimen, berbanding pembangkang yang ketika membentuk gabungan Pakatan Rakyat memperoleh 89 kerusi.

Pada PRU-13, komponen BN, UMNO menang 88 kerusi daripada 121 calon yang diletakkan; Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak (14), MCA (7), MIC (4), PRS (6), PBS (4), SPDP (4), UPKO (3), manakala masing-masing satu GERAKAN, PBRS dan SUPP.

Blok pembangkang menang 89 kerusi merangkumi DAP 38; PKR 30 dan PAS 21.

Pada PRU-13, pembangkang mengumpil undi popular sebanyak 51.67 peratus atau 5.81 juta undi, manakala BN memperoleh 47.38 peratus (5.23 juta undi). -Berita Harian

Fakta Nombor:

# 222 kerusi Parlimen

# 112 kerusi Parlimen – bilangan untuk bentuk kerajaan dengan majoriti mudah,

# 148 kerusi Parlimen – menang majoriti dua pertiga.

# 11 calon tidak layak bertanding PRU-14


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rwIcAg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.