Hi! Welcome Back and Stay Tune! “53 Pil Eramin”- Artis Disiasat Mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“53 Pil Eramin”- Artis Disiasat Mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952..



Pelakon Uqasha Senrose ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan 53 biji pil eramin 5 bernilai RM660 dalam beg tangan Chanel miliknya selepas selebriti itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail di sini hari ini.


Kemalangan pada pukul 11.45 pagi itu berlaku ketika pelakon wanita itu memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover seorang diri telah melanggar kenderaan Honda BRV dipandu seorang lelaki.

Satu sumber berkata, selepas kemalangan itu, Uqasha Senrose atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, telah dibawa ke balai polis TTDI untuk siasatan.

“Semasa pemeriksaan ke atas pelakon itu, polis menemui enam keping aluminium foil berwarna merah yang kesemua mempunyai 53 biji dadah disyaki jenis eramin 5. Dadah tersebut ditemui dalam beg berjenama mewah selebriti itu,” kata beliau semasa dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang dihubungi mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita bersama 53 pil dadah jenis eramin 5 bernilai RM600.


Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan terhadap pelakon wanita itu mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.

“Polis akan menghantar 53 pil disyaki dadah eramin 5 ke Jabatan Kimia manakala kertas siasatan berkaitan kemalangan dan penemuan dadah dalam beg pelakon itu akan dihantar kepada Jabatan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” kata beliau.


Katanya, kes berkaitan penemuan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Uqasha ketika dihubungi tidak memberi sebarang maklum balas berhubung laporan polis yang mendakwa dirinya memandu dalam keadaan khayal dan berjanji untuk menghubungi semula.

Saya akan hubungi semula,” ujarnya.


























































kedit.Konline


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jGN5Dw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.