5 Hidupan Paling Tua Di Dunia Yang Dibunuh Manusia
Sebelum wujudnya manusia di atas dunia, bumi ini telah lama didiami oleh hidupan lain seperti haiwan dan tumbuhan. Tanpa kehadiran manusia, bumi terpelihara dengan baik.
Haiwan-haiwan yang wujud pada ketika itu mampu mencecah usia yang sangat tua. Namun kini dengan teknologi rakus yang semakin canggih hasil ciptaan manusia telah membuatkan hidupan-hidupan lain terjejas, memendekkan usia mereka.
Malah, ada daripada hidupan-hidupan ini dibunuh dengan sengaja oleh manusia tanpa sebab, dan iluminasi.com ingin kongsikan dengan pembaca antara 5 hidupan bumi yang paling tua pernah dibunuh oleh manusia.
1. Ikan paus bowhead - 130 tahun
Pada Mei 2017, pemburu dari kalangan orang asli telah membunuh ikan paus bowhead di pantai Alaska. Biasanya, apabila mereka memakan ikan paus ini, mereka tidak menjumpai barang-barang atau senjata dari zaman dahulu.
Namun kali ini, terdapat senjata buruan pada bahagian bahu ikan paus ini yang dikatakan digunakan pada tahun 1890an. Ini bermaksud ikan paus ini telah wujud sejak 118 tahun yang lalu dengan senjata ini "tertanam" dalam badannya.
Setelah dikaji, ikan paust tersebut disahkan berusia 130 tahun. Menurut saintis, ia bukanlah ikan paus bowhead yang tertua kerana mereka menganggarkan ikan spesis ini mampu hidup sehingga 200 tahun.
2. Gajah gergasi - 100 tahun
Pada tahun 1950an, seorang pemburu Sepanyol, JJ Fenykovi menjumpai kesan tapak kaki seekor gajah gergasi di sebuah kawasan tempat haiwan minum air ketika sedang memburu di Angola. Saiz tapak kaki itu tersangat besar iaitu 91 sentimeter atau 3 kaki.
Namun, JJ tidak mempunyai masa untuk menjejaki gajah tersebut dan bersumpah akan kembali memburunya tahun depan. Tiba masanya, JJ menunggu di tempat yang sama, dan beliau bertemu dengan gajah tersebut disebabkan tabiat haiwan ini untuk kembali ke tempat minum air yang sama.
JJ menggunakan senapang .416 Rigby untuk menumpaskan gajah gergasi yang mempunyai berat 8 tan, dengan tinggi 4 meter ini, dan berusia kira-kira 100 tahun.
3. Ikan dinosaur - 94 tahun
Aligator gar adalah spesis ikan kuno yang mana rekod fosil menunjukkan ia telah wujud pada zaman dinosaur kira-kira 100 juta tahun yang lalu. Habitat ikan ini adalah di antara Mississippi hingga ke rantau pantai Amerika Syarikat kerana ikan ini mampu hidup dalam kedua-dua air laut dan air tawar, dan mempunyai keupayaan untuk bernafas di darat.
Pada 14 Februari 2011, Kenny Williams telah berjaya menangkap ikan ini bersaiz gergasi berdekatan dengan rumahnya di Vicksburgh, Mississippi. Ikan dinosaur terlalu besar sehinggakan Kenny terpaksa menggunakan jala untuk menariknya ke bot.
Setelah ditimbang, ikan ini mempunyai panjang 2.6 meter dan berat mencecah 148 kilogram, yang mana dianggarkan berusia 94 tahun.
4. Udang karang - 100 tahun
Nelayan udang karang menangkap kira-kira 200 juta hidupan ini di Atlantik Utara setiap tahun. Dalam berjuta-juta udang karang ini, terdapat beberapa spesis yang agak berlainan yang berwarna biru terang.
Antara salah satu ciri-ciri yang pelik pada udang karang adalah jangka hayatnya. Kajian terbaru yang diterbitkan memberitahu bahawa udang karang mempunyai keupayaan untuk "hidup selama-lamanya". Secara teorinya, DNA udang karang mempunyai penentangan terhadap penuaan, dan ia harus menyalin kulit untuk hidup lama.
Semakin tua, proses menyalin kulit menjadi semakin sukar, yang membuatkan 15% daripada spesis ini mati disebabkan usaha untuk menyalin kulit. Jika kulit udang karang menjadi semakin tebal dan besar, ia meningkatkan peluang untuk dijangkiti kuman yang membunuh udang ini.
Dan udang karang yang paling besar pernah ditangkap adalah di Nova Scotia, Kanada pada tahun 1977. Ia mempunyai berat 19.95 kilogram dan dipercayai berusia 100 tahun. Udang karang purba ini akhirnya dijual kepada sebuah restoran dan menjadi hidangan makan malam kepada pelanggan.
5. Pokok Cypress - 3,500 tahun
Sebelum jajahan Inggeris yang pertama berjaya di Jamestown pada tahun 1607, sebelum orang Norman menakluki England pada tahun 1066, sebelum kelahiran Empayar Rom, dan lebih dari 1,000 tahun sebelum kelahiran Alexander the Great (Iskandar Zulkarnain), satu putik pokok cypress tumbuh di bumi Florida, Amerika Syarikat, pada tahun 1500 SM.
Dan untuk tempoh 3,500 tahun yang akan datang, ia tumbuh merendang dan tinggi yang menjadi sebahagian daripada Big Tree Park di Longwood, Florida. Diberikan nama gelaran "The Senator", pokok ini berketinggian 38 meter dengan diameter batang 5.33 meter, dan antara pokok yang tertua di dunia.
Pada 16 Januari 2012, seorang penduduk tempatan yang bernama Sara Barnes memasuki taman ini seperti biasa untuk menghisap dadah jenis syabu. Disebabkan malam itu sangat gelap gelita, Sara mengumpulkan kayu-kayu untuk dibakar bagi memudahkannya untuk melakukan aktivitinya.
Api yang dinyalakan menjadi sangat besar dan tidak dapat dikawal, membuatkan Sara panik. Dia mengeluarkan kamera dan merakam kejadian tersebut. Penduduk setempat yang menyedari kejadian itu menghubungi pihak bomba namun mereka tiba sedikit lewat dan hanya mampu melihat pokok tersebut dibaham api.
Para penyiasat sangat pelik bagaimana pokok ini boleh terbakar dan akhirnya menbuat konklusi bahawa ia dipanah petir. Sehinggalah pihak polis mengetahui daripada rakan Sara bahawa dia yang menjadi dalang disebalik kejadian tersebut.
Pihak polis menyerbu kediaman Sara dan menemui rakaman tersebut. Atas kesalahan "membunuh" pokok berusia 3,500 tahun, Sara dikenakan hukuman berkelakuan baik selama 5 tahun, yang mana diingkarinya pada tahun 2016. Hukuman itu digantikan dengan hukuman baru iaitu penjara 20 tahun.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jAejLZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment