Orang Sabah Tidak Boleh Terima Mahathir
KOTA KINABALU: Rakyat Sabah tidak rela sekali lagi ditadbir oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selepas merasai kerosakan yang dilakukan Pengerusi gabungan pembangkang PKR itu ke atas negeri ini selama 22 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejarah hitam itu bagaimanapun akan berulang kembali jika pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) memandangkan Dr. Mahathir langsung tidak pernah datang ke Sabah untuk berjumpa rakyat sepanjang sembilan hari berkempen.
Beliau berkata, itu adalah bukti jelas bagaimana Dr. Mahathir tidak mempedulikan Sabah, justeru rakyat perlu membulatkan tekad memberi pengajaran terhadap pembangkang dengan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) semasa hari mengundi Rabu depan.
"Dia tidak pernah suka kepada orang Sabah, mana boleh menjadi Perdana Menteri kalau Sabah ditinggalkan, maknanya dalam kepala dia tidak fikir langsung orang Sabah, tidak sayang langsung orang Sabah.
"Tujuan Sabah bersama membentuk Malaysia adalah supaya negara kita maju, negeri ini maju tetapi dia tidak datang ke Sabah, selama 22 tahun jadi Perdana Menteri pun begitu," katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin BN Bersama Rakyat, di sini malam tadi.
Yang turut hadir ialah Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta calon-calon BN bagi kerusi Parlimen Penampang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog dan DUN Kepayan.
Sentimen kemarahan orang Sabah jelas terpapar apabila setiap kali Najib menyebut nama Dr. Mahathir, akan disusuli dengan jeritan boo daripada lebih 2,000 rakyat yang hadir.
Najib berkata, kuasa politik yang kuat oleh rakyat Sabah telah diterjemahkan apabila beliau melantik lebih banyak menteri Kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan daripada negeri itu sebagai penghargaan kepada sokongan yang diberi.
Menurutnya, perkara itu tidak pernah berlaku sepanjang zaman Dr. Mahathir memerintah kerana bagi beliau, Sabah bukanlah sebuah negeri yang penting untuk diiktiraf.
Dalam ucapannya, Najib turut mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan politik kebencian dan tidak bermoral yang diamalkan pimpinan pembangkang diketuai Dr. Mahathir selama ini.
"Pelik sungguh apabila kedai roti bankrap pun salah Perdana Menteri, rugi RM31 juta kerana tidak pandai berniaga, mungkin salah tempat mungkin tidak sedap dan gagal urus kedai tetapi Perdana Menteri yang salah.
"Semua salah Perdana Menteri kerana mahu timbulkan kebencian pada rakyat supaya lupa jasa dan budi kita, kalau saya mahu burukkan peribadi boleh tetapi saya tidak mahu terjebak dalam politik tidak bermoral ini, saya mahu biar rakyat yang putuskan dengan menyokong BN nanti," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I4P5Uz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment