Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keputusan Penuh Dijangka Jam 10 Malam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keputusan Penuh Dijangka Jam 10 Malam



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan penuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dapat diumumkan kira-kira jam 10 malam esok.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata keputusan akan terus diumumkan sebaik diperoleh.

"Sekiranya dapat keputusan awal, SPR akan umum awal. Harap-harap (keputusan) dapat umum sebelum jam 10 (malam)," katanya kepada NSTP, hari ini.

Sebelum itu, Mohd Hashim dalam kenyataannya berkata, seramai 14,449,200 pemilih yang berdaftar dengan SPR akan mengundi esok di 8,253 pusat mengundi yang mempunyai 28,115 saluran tempat mengundi.

Beliau berkata, semua pusat mengundi berkenaan akan dibuka pada jam 8 pagi dan masa pengundian ditutup adalah berbeza-beza mengikut lokasi pusat mengundi serta jumlah pengundi manakala waktu pengundian ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang.

"Oleh kerana keadaan cuaca pada hari pengundian diramalkan hujan, pengundi dinasihatkan merancang masa untuk keluar mengundi dan tidak keluar pada saat akhir terutama bagi yang mengundi di lokasi ditutup awal," katanya. - BH


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KMt5vm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.