Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengundian Rancak, Cecah 55% Setakat 1 Tengah Hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengundian Rancak, Cecah 55% Setakat 1 Tengah Hari

KUALA LUMPUR – Proses pengundian di kebanyakan pusat-pusat mengundi masih berjalan rancak tengah hari ini dengan peratusan mengundi di seluruh negara mencecah 55 peratus setakat 1 tengah hari.
Orang ramai masih tidak putus-putus membanjiri pusat-pusat tersebut walaupun terpaksa beratur panjang dan berpayung dalam keadaan cuaca panas di kebanyakan kawasan.

Ada yang dilaporkan terpaksa beratur panjang untuk mengundi.

Contohnya, di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, di sini pemilih dilihat tetap sabar beratur menunggu giliran untuk mengundi mengikut saluran masing-masing meskipun cuaca panas.

Bagaimanapun, ada pusat pengundian yang ditutup awal disebabkan urusan mengundi sudah selesai susulan kawasan itu mempunyai bilangan pengundi yang sedikit.

Di Sarawak, dua pusat mengundi iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kai Nang bagi kawasan Parlimen Sibu dan pusat mengundi Dewan Serbaguna Taman Heng Guan, Kuching, ditutup masing-masing pada 11 pagi dan 12 tengah hari.

Dalam perkembangan lain, nelayan di Kampung Padang Salim, Kota Kuala Muda, Sungai Petani yang turun ke laut awal pagi tadi pulang ke lebih awal daripada biasa untuk tidak mahu melepaskan peluang mengundi.

Antara yang turut mencuri tumpuan media ialah kehadiran Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah yang dikenali dengan tagline ‘Kipidap” mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest, Taman Seri Gombak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun turut meninjau keadaan keselamatan termasuk di Sekolah Rendah Agama Al-Khawarizmi di Bangsar di sini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah turut membuat tinjauan keselamatan pada hari pengundian menggunakan helikopter polis. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rAT0xB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.