Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Razak Sedang Berperang Dengan “Tsunami Fitnah” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Razak Sedang Berperang Dengan “Tsunami Fitnah”





Perdana Menteri telah mengadu dilanda “tsunami fitnah” kerana bekas mentornya cuba untuk mengeksploitasi kemarahan terhadap skandal rasuah untuk menjatuhkan kerajaan, lapor The Times.

Datuk Seri Najib Razak, 64, dijangka mengekalkan kuasa selepas pilihan raya minggu ini, sebahagiannya kerana perubahan sempadan yang memihak kepada gabungan Barisan Nasional (BN).

Pembangkang, yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri yang lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad, 92, boleh menang undi popular secara keseluruhan, tetapi pakar-pakar mengatakan keputusan itu tidak mungkin diterjemahkan ke dalam kerusi yang cukup untuk memberikan mereka kuasa.

Ketika satu petanda bahawa sekutu-sekutu Najib mungkin berasa bimbang, bagaimanapun polis pada minggu lepas mengumumkan bahawa mereka sedang menyiasat Dr Mahathir di bawah undang-undang baharu berkaitan penyebaran “berita palsu”, yang membawa hukuman sehingga enam tahun penjara.

Aduan tersebut berkaitan dengan dakwaan Dr Mahathir bahawa penerbangan yang disewa khas untuk membawanya bagi pendaftaran calon (hari penamaan calon) telah ditanggungkan berikutan cubaan sabotaj.

Tindak balas tegang antara kedua-dua mereka menunjukkan betapa rengang hubungan kedua-dua pemimpin itu, kononnya kerana dakwaan Najib mempunyai hubungan dengan skandal penipuan berjuta-juta pound di bawah siasatan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).

Najib menggesa pengundi-pengundi untuk membuat pilihan yang “matang” pada Rabu (hari pembuangan undi).

“Walaupun kita dilanda tsunami fitnah dengan cerita memburukkan kerajaan dan pemimpin, saya ingin nasihatkan bahawa kita tidak boleh membina masa depan sesebuah negara bangsa berdasarkan kepada hasutan dan serangan peribadi,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau bertekad untuk “menjatuhkan kerajaan kleptokratik ini” dan mencabar pihak berkuasa susulan ancaman mereka. “Teruskan dan tuduh saya,” katanya pada perhimpunan pembangkang.

- mD



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rwoPYb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.