Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa Tun? Kenapa Sampai 3 Tokoh Besar Terpaksa Bantu Kempen Di Langkawi? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa Tun? Kenapa Sampai 3 Tokoh Besar Terpaksa Bantu Kempen Di Langkawi?





Bukan mudah untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menang di Parlimen Langkawi. Walaupun pulau berkenaan amat sinonim dengan namanya sejak dari dahulu lagi.

Masakan tidak, sudah lebih 30 tahun Dr Mahathir cuba membangunkan pulau itu sehingga ia menjadi sebuah pulau kegilaan dunia.

Apa yang dijaja Dr Mahathir adalah mengenai segala jasa dan pengorbanannya selama lebih 22 tahun di Langkawi. Tidak lekang dari mulutnya bagaimana rakyat perlu memberi 1 undi untuk dirinya sebagai tanda terima kasih.

Namun apa yang dia lupa, penduduk Langkawi bukan seperti dahulu. Mereka semua sudah cerdik pandai dan tahu menilai.

Bayangkan atuk berusia 60 hingga 70 tahun yang sedang melepak di kedai kopi sekitar Langkawi pun sudah mampu bercakap tentang propaganda DAP, viral, dan sebagainya.

Selepas seminggu berkempen di Langkawi (jentera Dr Mahathir), akhirnya Pengerusi PH itu sedar bahawa peluangnya untuk menang di pulau berkenaan agak tipis.

Ini sama sekali meleset dari pemerhatian awalnya ketika diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi P.004 Langkawi awal bulan lepas.

Disebabkan Dr Mahathir ada harapan tipis dan tidak lagi memandang rendah kepada calon BN Datuk Ir Nawawi Ahmad, maka Dr Mahathir terpaksa memaksa anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir bersama-sama dua lagi 'kroninya' iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin untuk turun berkempen.

Cuba kita renung semula, sepanjang penglibatan Dr Mahathir sebagai calon PRU, tidak pernah pun tiga individu ini turun bantu kempennya di kawasan yang dia bertanding.

Tapi kali ini sebaliknya. Tun Daim yang asyik tidak sihat dan terlalu uzur itu terpaksa diheret turun ke Langkawi dan ke beberapa kawasan sekitar Kedah untuk berkempen bagi pihak parti Dr Mahathir.

Rafidah yang sudah lama menyepi dalam arena politik tanah air tiba-tiba terpaksa muncul kembali untuk memastikan bekas bossnya menang dalam pilihan raya.

Manakala anak bilionaire nya iaitu Mokhzani yang sentiasa sibuk mencari duit dan tidak endahkan langsung tentang politik Malaysia tiba-tiba terpaksa juga turun dan berkampung di Langkawi untuk berkempen buat ayahnya.

Apakah maksud semua ini? Bukankah sebelum ini Dr Mahathir dilihat begitu memandang rendah kepada Nawawi Ahmad yang dianggapnya sebagai 'picisan' sahaja?

Bukankah para jentera Dr Mahathir sebelum ini cukup yakin 110% bahawa Dr Mahathir mampu menang mudah di Langkawi?

Tetapi kenapa sekarang terlalu ramai tokoh-tokoh besar terpaksa datang ke Langkawi untuk bantu Dr Mahathir?

Adakah semua ini kerana Barisan Nasional masih tetap tersemat di hati majoriti pengundi di Langkawi? Hasil pemerhatian selama berminggu-minggu, jawapannya YA! - KAKI PALU







✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HYwzgy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.