Elak 'Serangan' Pembangkang, Rakyat Boleh Buat Perbandingan
MUAR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat membuat perbandingan pelbagai pendekatan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk rakyat dalam tempoh sembilan tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang dijangka membuat 'serangan' saat akhir malam ini untuk mempengaruhi pengundi terutama 'pengundi atas pagar'.
Katanya, banyak yang dilakukan Najib sepanjang tempoh sembilan tahun ini yang boleh dibuat perbandingan oleh rakyat.
"Saya lihat bahawa dari segi tol di zaman Perdana Menteri selama 22 tahun, terlalu banyak projek penswastaan yang menguntungkan kroni Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad).
"Buktinya, setiap tiga tahun tol dinaikkan lima peratus, (sedangkan) di bawah Najib ada Lebuhraya Pan Borneo, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kelantan, Lebuhraya Bertingkat Rawang, bebas tol.
"Ada juga tol di Bukit Kayu Hitam dan Batu Tiga yang dihapuskan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Himpunan Muhibah Parlimen Muar, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim; calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Datuk Ashari Sarip dan calon BN kerusi DUN Sungai Balang, Zaitun Ismail.
Ahmad Zahid berkata, rakyat juga boleh membuat perbandingan dari segi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) apabila pada zaman Najib, hanya mengenakan kadar faedah empat peratus dengan potongan 10 peratus jika dibayar setiap bulan dan potongan 20 peratus jika melangsaikan pinjaman sekali gus, berbanding Dr Mahathir mengenakan kadar 10 peratus.
Katanya, pada era Dr Mahathir, seramai 1,200 orang termasuk beliau ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi ketika zaman Najib, ISA dihapuskan.
"Zaman Tun M, hutang negara sebanyak 103 peratus, tetapi ketika Najib 54 peratus. Zaman Najib juga ada gaji minimum RM1,000 dan akan dinaikkan lagi ke RM1,500.
"Zaman Tun M ada cukai SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) sebanyak 5, 10 dan 20 peratus tetapi GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) hanya enam peratus," katanya.
Ahmad Zahid berkata, pelbagai lagi pendekatan Najib jalankan termasuk memansuhkan yuran sekolah dan semua mendapat buku teks percuma serta bantuan sekolah sebanyak RM100.
Katanya, penjawat awam juga diberikan perhatian apabila disediakan Rumah Penjawat Awam 1Malaysia, selain Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan projek perumahan menerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).
Beliau berkata, zaman Najib juga kerajaan menaja 1,000 orang menunaikan haji setiap tahun, selain bantuan musim tengkujuh RM600 selama tiga bulan kepada 440,000 penoreh getah dan skim elaun sara hidup nelayan RM300 sebulan. - BH
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KOYxt4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment