Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gadis Jadi Macam Zombie Selepas Ditikam Peragut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gadis Jadi Macam Zombie Selepas Ditikam Peragut


SEORANG gadis yang mempunyai paras rupa yang cantik bertukar wajah seperti zombie selepas ditikam seorang peragut di tempat letak kereta berhampiran tempat kerja gadis tersebut di Icon City, Bukit Mertajam malam tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar 9.30 malam, mangsa Chin Huey Kei, 19, mengalami kecederaan yang teruk di bahagian pipi apabila pisau tercacak pada pipi kanannya selain kecederaan di bahagian perut dan leher.

Pakaian kerja yang berwarna putih telah kelihatan bertompok merah dibasahi dengan darah mangsa.

Lapor akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, ketika kejadian mangsa sedang menuju ke keretanya yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kerja.

“Polis masih mengesan suspek berdasarkan saksi awam serta rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Mangsa yang berasal dari Taman Chai Leng, di sini telah dibawa ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I0zK7z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.