Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bale Nafi Kemenangan Barca - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bale Nafi Kemenangan Barca



JARINGAN penyerang Real Madrid Gareth Bale menafikan kemenangan juara La Liga Barcelona dalam aksi El Clasico yang berakhir dengan seri 2-2 di Nou Camp awal pagi tadi selepas skuad tuan rumah kehilangan Sergi Roberto yang dibuang padang akhir separuh masa pertama. 

Voli Luis Suarez memastikan Barca di depan seawal 10 minit perlawanan susulan pergerakan pantas dan hantaran Roberto manakala Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan buat finalis Liga Juara-Juara Real lima minit kemudian dari jarak dekat.

Bagaimanapun penyerang Portugal itu cedera buku lali ketika melakukan jaringan berkenaan dan digantikan tamat separuh masa pertama. Bale hampir saja dibuang padang kerana menghentak kasutnya ke kaki Samuel Umtiti namun terlepas daripada hukuman tetapi Roberto dibuang padang beberapa detik kemudian kerana memukul Marcelo.

Lionel Messi kemudiannya menjaringkan gol ke-26 dalam aksi Clasico untuk meletakkan Barca yang beraksi dengan 10 pemain kembali di depan selepas 52 minit namun Bale menutup mulut penyokong Nou Camp dengan jaringan penyamaan.

Kedua-dua kelab memburu kemenangan dan Real mungkin mempunyai lebih banyak peluang apabila Jordi Alba melanggar Marcelo namun Barca kekal tanpa kalah dalam liga berkenaan dengan baki tiga perlawanan.

Barca ketika ini memiliki 87 mata manakala Real di tangga ketiga La Liga dengan 72 mata selepas 35 perlawanan. Atletico Madrid di tangga kedua dengan 75 mata tetapi mempunyai kelebihan satu perlawanan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rtZWND

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.