Remaja ditahan bawa 10,000 fius peledak
LAHAD DATU, 8 Mei (Bernama) -- Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB2) menggagalkan cubaan seorang remaja lelaki menyeludup keluar 10,000 fius peledak jenama C Det Alfa dipercayai ke Sibutu, Filipina melalui perairan Tenggara Felda Sahabat, tengah hari tadi.
Komander ATB2, Brigadier Jeneral Zarondin Md Amin berkata Kapal DiRaja (KD) Baung Tentera Laut DiRaja Malaysia yang sedang membuat rondaan rutin di kawasan bertanggungjawab mengesan bot mencurigakan sebelum dipintas pada 12.15 tengah hari.
"Pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki berumur 18 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri berada di atas bot bersama 89 kotak yang didalamnya mengandungi 10,000 fius peledak," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Zarondin berkata suspek dan barang rampasan serta bot diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Lahad Datu untuk tindakan lanjut. --BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KNq0LR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment