Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makan 'Anu' Bos Dengan Nasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makan 'Anu' Bos Dengan Nasi



LELAKI dihukum penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah membunuh majikannya sebelum mengerat dan memakan kemaluan mangsa akibat berang kerana tidak dibelikan makanan. 

Mansur didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Muarabulian, Sumatera, Indonesia atas tuduhan membunuh majikannya Dasrullah di sebuah ladang kelapa sawit pada 4 November tahun lalu. Detik News melaporkan, Mansur bekerja dan tinggal di sebuah rumah di ladang kelapa sawit milik Dasrullah.

Pada hari sebelum kejadian, Dasrullah menghubungi Mansur memberitahu dia mahu datang ke ladang berkenaan dan tertuduh sempat berpesan untuk membawa makanan kerana tiada makanan di rumah.

Apabila Dasrullah tiba di rumah pekerjanya itu, Mansur bertanyakan makanan yang dipesannya tetapi mangsa memarahi tertuduh kerana tiada wang. Dasrullah kemudian memberikan wang kepada Mansur dan mengarahkan lelaki itu berjalan kaki ke kedai.

Ketika Mansur pulang ke rumah itu, dia dimarahi Dasrullah kerana terlalu lambat. Kerana terlalu marah, Mansur bertindak menyerang Dasrullah dengan parang ketika mangsa tidur di biliknya dan menetak lelaki itu hingga mati. Selepas mangsa mati, Mansur memotong alat sulit lelaki itu sebelum memasak dan memakan organ berkenaan bersama nasi.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2G0hRzI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.