12 Perkara Tentang Aurat Wanita Berhijab Selalu Abaikan
Menutup aurat adalah perkara wajib bagi wanita muslimah. Ia bertujuan memelihara ketinggian nilai wanita.
Namun, kadang-kadang ramai wanita berhijab alpa tentang 12 perkara penting yang perlu dijaga.
1. Kaki
Memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
(Surah An-Nur Ayat 31)
2. Wangian
Wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu dianggap melakukan zina
(Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah & Hibban)
3. Dada
Hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Surah An-Nur Ayat 31)
4. Gigi
Rasullulah Saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Hadis Riwayat At-Thabrani)
5. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullullah Saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan.
(Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
6. Leher
Janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Hadis Riwayat At Tabrani & Baihaqi)
8. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.
(Surah An Nur Ayat 31)
9. Suara
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
(Surah Al Ahzab Ayat 32)
10. Kemaluan
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud & Ibn Majah)
11. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii & Ibn Majah)
12. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
SUMBER
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment