Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peminat, Amanah Ayahanda, Punca TMJ Tanding Jawatan Presiden FAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peminat, Amanah Ayahanda, Punca TMJ Tanding Jawatan Presiden FAM

KUALA LUMPUR: Sokongan padu peminat bola sepak tempatan dan amanah ayahanda Sultan Johor adalah pendorong Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan diri bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menerusi laman Facebook Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers, baginda berkata usaha untuk meningkatkan kembali mutu bola sepak tanah air bukan terletak kepada seorang individu semata-mata tetapi melibatkan kerjasama semua pihak.

“Untuk mengubah dan merombak FAM, inilah peluang kita (rakyat). Inilah peluang kita untuk mengubah buat selama-lamanya dan kembalikan ia menjadi seperti Jepun, Thailand dan negara-negara lain yang berjaya.

“Saya tidak dapat menyelesaikanya sendirian. Ini bukan perancangan individu, dan jika saya ingin melakukannya, saya lakukannya bersama rakyat. Ini adalah masa untuk kita mempertingkatkan dan menuju ke hadapan bersama-sama,” jelas baginda.

BACA: Presiden FAM: ‘Kami pilih TMJ’ – Netizen

BACA: Presiden FAM: TMJ vs Annuar Musa

Mengambil contoh pasukan JDT, Tunku Ismail menegaskan kerjasama erat dalam kalangan individu kelab berkenaan menjadi punca mereka dikenali di seluruh dunia.

“JDT adalah bukti yang jelas tetapi anda perlu memahami bahawa JDT adalah sebuah kelab. FAM adalah organisasi besar dengan langkah untuk mempertingkatkannya bukanlah untuk skuad kebangsaan pergi ke Piala Dunia tetapi ia perkara pertama yang perlu dilakukan untuk membersihkan rumah kita dan untuk memperbaiki struktur persatuan,” katanya.

Baginda pada masa sama menekankan pentingnya untuk anggota-anggota gabungan FAM bekerja keras membantu kelab mereka sendiri selain mengembalikan kuasa bola sepak kepada rakyat dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara.

Tunku Ismail turut membuka peluang kepada mana-mana penyokong bola sepak untuk memberikan pandangan mengenai bola sepak sewaktu baginda berada di Kuala Lumpur, minggu depan.

Baginda bakal mewakili ayahanda baginda Sultan Ibrahim ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-245 yang dijadual berlangsung selama dua hari bermula 22 Feb di Istana Negara.

Tunku Ismail bakal dicabar bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa untuk jawatan presiden FAM pada pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 yang diadakan serentak dengan Kongres Tahunan FAM ke-53 pada 25 Mac.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m33HEx

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.