Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura Ura) Apple Mungkin Menggantikan Butang Fizikal Dengan “Function Area” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura Ura) Apple Mungkin Menggantikan Butang Fizikal Dengan “Function Area”

Kita mungkin tidak akan melihat kelibat iPhone baru buat masa terdekat, tetapi ura-ura tentang pelbagai spesifikasinya terus meniris ke arena web dari hari ke hari . Terbaru, ada kemungkinan besar bahawa iPhone 8, atau X, yang bersaiz 5.8 inci bakal menggantikan butang fizikal dengan lanjutan skrin yang menggunakan butang maya,

Berdasarkan penganalisa Ming-Chi Kuo, yang terkenal dengan ramalannya mengenai iPhone, ia diperkatakan bahawa paparan OLED 5.8-inci iPhone terbaru bakal menggunakan 5.1 inci sebagai paparan utama, manakala selebihnya akan digunakan untuk memaparkan butang maya “Function Area”.

Kuo juga menjangkakan bahawa iPhone terbaru ini berkemungkinan besar akan mempunyai saiz yang sama dengan iPhone 7, tetapi paparan yang lebih besar. Seperti yang dilaporkan sebelum ini juga, iPhone terbaru ini diramalkan akan menggunakan skrin paparan hampir tanpa bezel, dan nampaknya ura-ura ini mungkin benar. Ini adalah kerana berdasarkan gambaran yang diberikan Kuo, peranti ini tidak akan mempunyai ruang untuk butang fizikal di bahagian bawah cangkerang iPhone tersebut.

Malah, oleh kerana ketiadaan butang fizikal ini, ada kemungkinan besar juga bahawa Apple akan perlu menggunakan teknologi biometrik yang lain, termasuklah pengimbasan mata. Desas-desus sebelum ini turut mengatakan Apple mungkin membuang butang Home ikonik daripada iPhone terbaru ini.

Ini juga mungkin sebahagian besar sebab mengapa iPhone 8/X ini akan dijual dengan harga yang melangkaui RM4500. Ura-ura mengenai iPhone 7S yang bersaiz 5.5 dan 5.1 inci juga masih berdiri teguh, walaupun buat masa ini, tiada siapa mengetahui jika peranti-peranti ini akan menerima naik-taraf butang maya tersebut atau sebaliknya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kPv58Z



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.