Apple Menjadualkan WWDC 2017 Pada 5 Jun – Info Awal Mengenai Versi Baru iOS Dan macOS Bakal Diketahui
Apple hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara tahunan mereka khusus untuk para pembangun, iaitu WWDC 2017 pada 5 Jun 2017 ini. Seperti tahun-tahun lepas, kita mungkin akan dapat melihat Apple mengumumkan versi iOS dan macOS terbaru – iaitu iOS 11 dan macOS 10.13 pada acara berkenaan.
Selain daripada kedua-dua sistem operasi berkenaan, Apple juga dijangka berkongsi mengenai kemaskini akan datang untuk tvOS dan watchOS.
Menjadi kebiasaan untuk Apple mengadakan acara untuk pembangun ini beberapa bulan sebelum pengumuman peranti baru. Ini akan membolehkan para pembangun bersedia dengan aplikasi dan perkhidmatan mereka yang dioptimasikan untuk sistem operasi terbaru berkenaan.
WWDC ini akan memfokuskan lebih kepada perisian dan sistem operasi – sebaliknya peranti akan diumumkan sekitar bulan September atau Oktober kelak.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 5 Jun 2017 ini (6 Jun 2016 waktu Malaysia) untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh gergasi perkomputeran dari Amerika tersebut.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lWJTCO✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment