Hi! Welcome Back and Stay Tune! Clattenburg Tinggalkan England, Sertai Arab Saudi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Clattenburg Tinggalkan England, Sertai Arab Saudi

Mark Clattenburg

LONDON: Pengadil yang mengendalikan beberapa perlawanan terbesar dunia termasuk final Euro 2016, Mark Clattenburg, secara tiba-tiba meninggalkan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menyertai Arab Saudi, semalam.

Clattenburg akan menggantikan Howard Webb selaku ketua pengadil di Arab Saudi selepas bekas pengadil final Piala Dunia 2010 itu dilantik Liga Bola Sepak Major Amerika bagi mengetuai pembangunan teknologi video untuk pengadil di atas padang.

Clattenburg, 41 pertama kali mendedahkan rancangannya meninggalkan England ketika temu ramah bersama The Associated Press (AP) dan antara tugasnya di Asia Barat termasuk mengendalikan perlawanan selain pembangunan di luar padang.

“Kami memutuskan untuk membawa masuk pengadil terbaik di dunia,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi, Adel Ezzat semalam.

“Tugasnya adalah untuk membuat penilaian terhadap pengadil, namun pada masa diberikan antara tiga hingga empat perlawanan untuk diadili setiap bulan.”

Ezzat berkata, Clattenburg dijadualkan mengadili perlawanan Liga Juara-Juara antara Barcelona dan Paris Saint-Germain bulan depan namun tidak jelas sama ada dia kekal dalam senarai dua badan induk, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Ketika ini, dia bersaing mendapatkan tempat bagi Piala Dunia 2018 di Russia.

“FIFA sedang menunggu lebih banyak maklumat mengenai masa depan Clattenburg,” kata badan induk itu kepada AP.

Tarikh sebenar Clattenburg meninggalkan Liga Inggeris belum diumumkan secara rasmi namun dia pernah memberi petanda kesediaannya mengembangkan karier di luar negara.

“Duit bukanlah pendorong utama sebagai pengadil,” kata Clattenburg kepada AP pada Disember lalu. “Ia didorong untuk melakukan perkara yang berbeza, mungkin membantu mencari pelapis… seperti Howard Webb sedang lakukan (di Arab Saudi) di mana kamu membantu negara lain untuk membangunkan pengadil.”

Selain final Euro 2016 yang menemukan Perancis dan Portugal, Clattenburg turut mengendalikan final Liga Juara-Juara dan Piala FA tahun lalu.

Clattenburg mula dilantik pengadil FIFA pada 2006 dan turut mengendalikan final bola sepak di Sukan Olimpik 2012 di London. – AP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kDHPP4

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.