KLHC Halangan Akhir THT Kekal Kejuaraan
Pemain Terengganu Hockey Team (THT), Muhammad Firhan Shaari (dua kanan) diasak pemain Maybank, Jang Yoon Hyuk (kanan) pada aksi perlawanan Liga Hoki Malaysia (TNB/MHL) 2017 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. – Foto NSTP/Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: Juara bertahan, Pasukan Hoki Terengganu (THT) semakin hampir meniti kejuaraan keempat berturut-turut selepas menundukkan Maybank 5-2 dalam Liga Hoki TNB Malaysia (MHL-TNB) di Stadium Hoki Batu Buruk, petang tadi.
Begitupun, skuad bimbingan Sarjit Singh perlu melepasi halangan terakhir berdepan pencabar utama, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) Ahad ini.
Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-10.
Dua minit selepas itu, pemain import kelahiran Korea Selatan, Jang Jonghyun meletakkan THT selesa di depan hasil dua pukulan sudut penalti minit ke-12 dan minit ke-17.
Maybank yang menghuni di tangga kelima liga cuba memberi saingan namun hampa apabila pukulan sudut penalti yang diperoleh gagal menghasilkan jaringan pada minit ke-20.
Gerakan solo pemain kebangsaan, Muhammad Firhan Ashaari dengan memperdayakan pertahanan pelawat sebelum melepaskan pukulan menewaskan penjaga gol, David Charles Michael untuk menambah gol keempat tuan rumah pada minit ke-31.
Begitupun, Maybank yang dibimbing Shaiful Azli Abdul Rahman tidak menunggu lama untuk merapatkan jurang apabila pantas melakukan serangan dan berjaya meraih jaringan menerusi gol padang Jang Soon Chan.
Pada minit ke-47, Maybank memperoleh jaringan kedua mereka hasil gol padang pemain importnya, Jeremy Edwards menewaskan penjaga gawang THT, Muhammad Hafizuddin Othman.
Pemain gantian, Ameer Aiman Mohammad Saberi mencetak nama penjaring kelima THT apabila mudah menolak masuk bola lorongan Valentin Verga minit ke-56.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m22AFf✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment