Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 Bekas Pemain Simpati Nasib Wenger - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 Bekas Pemain Simpati Nasib Wenger

ARSENE Wenger. -Foto Reuters

LONDON: Lee Dixon menyertai senarai bekas pemain Arsenal yang berasakan pengendali, Arsene Wenger akan bersara selepas 21 tahun bersama kelab utara London itu, berikutan satu lagi musim yang tidak konsisten.

Tekanan ke atas Wenger memuncak apabila Arsenal hampir pasti tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara buat musim ketujuh berturut-turut selepas dibelasah Bayern Munich 5-1 pada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir, awal pagi tadi.

“Ia menyedihkan saya untuk melihat keadaannya seperti itu, saya tahu dia pemenang yang bagaimana. Saya rasa dia sedar, dia kelihatan begitu kecewa.

“Pasukan ini tidak mendapat tindak balas daripadanya. Saya belum pernah lihat dia seperti ini,” kata Dixon yang pernah beraksi di bawah Wenger selama enam tahun.

“Jelas sekali mereka sudah berjuang begitu lama dan kemudian kehilangan inspirasi. Dia bertanggungjawab untuk mengubah situasi itu. Dia yang perlu menyelesaikan masalah dalaman pasukan. Saya rasa dia berpendapat sudah tiba masanya (untuk dia pergi).”

Ian Wright, penjaring kedua terbanyak Arsenal dan Martin Keown, antara pemain dalam skuad Wenger yang mengharungi musim tanpa kalah pada kempen Liga Perdana Inggeris 2003-04, turut beranggapan sudah tiba masanya pengendali kelahiran Perancis itu menamatkan kariernya.

Wenger, yang kontraknya akan berakhir penghujung musim ini, gagal memenangi gelaran Liga Perdana sejak 2004 dan Arsenal kini 10 mata di belakang pendahulu Chelsea selepas 25 perlawanan, dan tampak semakin sukar untuk meraih kejuaraan musim ini. – REUTERS

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lorulb



✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.