Samsung Pay Kini Menambah Sokongan CIMB Bank, Citibank, Dan Standard Chartered
Samsung hari ini telah mengemaskini laman Samsung Pay untuk Malaysia, sekaligus pada masa yang sama menambah sejumlah rakan perbankan baru. Seperti pernah dikongsikan sebelum ini, bank baru yang ditambah selain daripada Maybank adalah CIMB Bank, Citibank, dan juga Standard Chartered.
Disamping itu, kini ia juga menyokong pengguna kad Mastercard dan Visa. Walaubagaimanapun, untuk bank-bank baru ini, hanya sokongan kad kredit sahaja ditawarkan buat masa ini – tetapi untuk Maybank ia meliputi kad debit dan prabayar.
Samsung Pay menggunakan sokongan NFC dan juga MST untuk tujuan pembayaran. Kedua-dua teknologi ini diguna-pakai dengan meluas pada pelbagai terminal pembayaran di seluruh negara.
Daripada percubaan kami sendiri, Samsung Pay berfungsi dengan lancar – terutamanya dilokasi mana terminal dipaparkan kepada pengguna seperti di kaunter pembayaran McDonald’s, AEON dan lain-lain. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa lokasi yang masih meminta kad untuk tujuan pengesahan bersama mesin pembayaran mereka – terutamanya sekiranya mereka menggunakan sistem yang sangat lama.
Di Malaysia, ia akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Februari 2017, tetapi ia telah boleh mula digunakan sejak beberapa minggu lepas dalam bentuk beta. Untuk menggunakannya, pengguna memerlukan peranti Galaxy Note 5, Galaxy S7 Edge/S7, Galaxy A 2017 atau Galaxy A 2016.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lo1Ld8✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment