Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hatrik Ibrahimovic Bantu United Benam Saint-Etienne - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hatrik Ibrahimovic Bantu United Benam Saint-Etienne

ZLATAN Ibrahimovic meledak hatrik ketika Manchester United merakam kemenangan 3-0 pada pertemuan pertama peringkat 32 terakhir Liga Europa, awal pagi tadi. – Foto AP

MANCHESTER: Zlatan Ibrahimovic terus menjadi pemusnah buat Saint-Etienne apabila meledak hatrik ketika Manchester United merakam kemenangan 3-0 pada pertemuan pertama peringkat 32 terakhir Liga Europa, awal pagi tadi.

Saint-Etienne adalah antara mangsa kegemaran bintang veteran Sweden itu ketika beraksi bersama Paris Saint-Germain dengan tiga jaringan berkenaan menyaksikannya kini mengumpul 17 gol sepanjang 14 perlawanan bertemu kelab Perancis itu.

Kemenangan juga memberikan skuad bimbingan Jose Mourinho selangkah ke peringkat 16 terakhir menjelang perlawanan timbal balik di laman lawan, Khamis minggu depan.

Begitupun, pada perlawanan kedua di Stade Geoffroy-Guichard kelak, United kehilangan khidmat Ander Herrera selepas dilayangkan kad kuning yang menyaksikannya digantung satu perlawanan.

Kejayaan menewaskan Saint-Etienne turut bermakna seorang lagi bintang United, Paul Pogba muncul pemenang pada aksi kompetitif pertama bertemu pasukan abangnya, Florentin dan hampir menjaringkan gol sebelum cubaannya sekadar menggegar palang.

Sebelum perlawanan, peminat Saint-Etienne menyalakan suar di Old Trafford dengan kepulan asap nyaris meletakkan pelawat di depan apabila hantaran kurang kemas Eric Bailly ke belakang hampir digunakan sepenuhnya Romain Hamouma.

Begitupun, selepas Anthony Martial melakukan cubaan berbahaya kepada Stephane Ruffier dari jarak 22 meter, United memperoleh gol pembukaan pada minit ke-15 menerusi sepakan percuma Ibrahimovic.

United memiliki dua peluang terbaik untuk menggandakan jaringan namun rembatan voley Juan Mata diselamatkan penjaga gol Saint-Etienne, Stéphane Ruffier, berpunca daripada hantaran bijak Pogba pada minit ke-25.

Babak kedua berlangsung menarik dengan Mourinho melakukan beberapa pertukaran namun gol kedua hanya diperoleh pada minit ke-75 menerusi gerakan bijak pemain gantian, Marcus Rashford menjadi punca kepada jaringan kedua Ibrahimovic.

Ibrahimovic terus mengganas dan melengkapkan hatriknya ketika permainan berbaki dua minit menerusi penalti selepas dijatuhkan Kevin Theophile-Catherine. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lnsc2z

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.