Gambar Dan Spesifikasi Moto G5 Dan G5 Plus Terdedah Sebelum Pelancaran
Kedua-dua peranti ini lebih mengfokuskan pada pasaran pertenghan dengan skrin sebesar 5.2 inci pada model G5 Plus dan 5.0 inci pada model G5. Kedua-duanya menggunakan resolusi HD Penuh 1080p.
Walaupun reka bentuknya dilihat hampir sama, namun di bahagian dalamnya memiliki spesifikasi yang berbeza hampir kesemua aspek termasuk cip pemproses, kapasiti memori dan juga kamera.
Model Moto G5 Plus hadir dengan pemproses Snapdragon 625 dengan CPU Octa-Core dan Adreno 506 GPU. Dibahagian dalamnya juga tertera 64 GB memori, 2 GB RAM serta sokongan slot microSD sehingga 256GB. Untuk kamera, peranti pertengahan ini juga hadir dengan sensor 12 Megapixel, F2.0, Dual-LED Flash dan lensa selfie 5 Megapixel.
Bagi Smartphone Moto G5 pula hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah. Ia dimuatkan dengan pemproses Snapdragon 430, 32 GB ruang memori, 2 GB RAM, bateri 2800 mAh, kamera utama 13 Megapixel serta kamera hadapan 5 Megapixel.
Kedua-dua peranti ini tersedia dipasang dengan Android 7.0 Nougat, pengimbas cap jari dan terdapat dua pilihan warna iaitu kelabu dan emas. Buat masa ini, Lenovo masih lagi mengumumkan harga rasmi dan juga tarikh jualan untuk peranti ini.
The post Gambar Dan Spesifikasi Moto G5 Dan G5 Plus Terdedah Sebelum Pelancaran appeared first on Mesra Mobile.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lqbLmk✍ Sumber : ☕ Mesra Mobile
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment