Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Orang Murid Tahun Tiga Hampir Dilarikan Penculik,Terkejut Selepas Dihampiri Pengawal Keselamatan Sekolah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Orang Murid Tahun Tiga Hampir Dilarikan Penculik,Terkejut Selepas Dihampiri Pengawal Keselamatan Sekolah

Gambar Hiasan

Labuan: Tiga orang murid tahun tiga dari Sekolah Kebangsaan St Anne di sini hampir menjadi mangsa culik tiga lelaki tidak dikenali dalam sebuah van bercermin gelap di depan pintu masuk sekolah mereka, tengah hari semalam, lapor Bernama.

Pada mulanya dikatakan salah seorang daripada lelaki berkenaan telah menawarkan gula-gula kepada seorang daripada murid itu tetapi ditolaknya ketika mereka baru pulang dari aktiviti kokurikulum sekolah tersebut pada 4.45 petang.

Ketika memanggil kanak-kanak berkenaan, pintu van yang dinaiki tiga lelaki tersebut dibuka seluas-luasanya dalam percubaan untuk menarik ketiga-tiga pelajar berkenaan ke dalam kenderaan tersebut.

Menurut seorang ibu kepada murid berkenaan, ketiga-tiga lelaki tersebut kemudian melarikan diri dengan van itu apabila pengawal keselamatan sekolah menghampiri mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak polis sudahpun mengambil keterangan daripada anak perempuannya yang juga seorang daripada murid terbabit.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin berkata, pihak sekolah harus memastikan murid terutama mereka yang masih di sekolah rendah menunggu kenderaan atau keluarga mereka di dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan. – Siakapkeli.my

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lZAIl8

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.