Ozil Berang Dilabel 'kambing Hitam' – Ejen
Mesut Ozil (kanan) kecewa selepas kekalahan memalukan Arsenal 5-1 di tangan Bayern Munich dalam kempen Liga Juara-Juara.
LONDON: Bintang tengah Jerman, Mesut Ozil tidak gembira dengan kritikan yang terus dilemparkan ke atasnya susulan kekalahan memalukan Arsenal 5-1 di tangan Bayern Munich dalam kempen Liga Juara-Juara, kata ejennya kepada BBC, semalam.
Ejennya, Erkut Sogut berkata, pemain berusia 28 tahun itu – yang juga seperti Alexis Sanchez masih belum mengikat kontrak baharu bersama The Gunners – berang menjadi ‘kambing hitam’ untuk setiap kegagalan pasukan itu.
Kini hanya Piala FA menjanjikan satu-satunya peluang realistik skuad kendalian Arsene Wenger memenangi trofi dengan mereka turut ketinggalan 10 mata kepada pendahulu Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sogut berkata, Ozil bernilai STG42 juta (RM187 juta) ketika Arsenal membelinya daripada Real Madrid pada 2013, tidak perlu dipersalahkan atas persembahannya pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara itu.
“Kritikan adalah normal sekiranya pemain itu bermain buruk, ” katanya juga seperti peguam Ozil.
“Bagaimanapun, Mesut (Ozil) merasakan orang tidak memberikan fokus pada persembahannya, sebaliknya mereka menjadikan dia kambing hitam untuk pasukan selepas beberapa keputusan mengecewakan.
“Bayern menguasai 74 peratus permainan. Bagaimana seseorang di posisi nombor 10 mencipta peluang sekiranya dia sendiri pun tidak menerima bola?
“Dalam sukan ini orang gemar menyerang pemain yang menelan belanja duit yang banyak – iaitu Mesut. Tetapi dia tidak boleh terus dijadikan kambing hitam. Ia tidak adil.”
Malah, Sogut menolak dakwaan bahawa Ozil yang sudah menjaringkan 29 gol buat Arsenal dan pada musim lalu mencipta lebih banyak peluang (137) berbanding pemain lain dalam EPL, tidak menyengat dalam aksi besar.
“Saya tidak bersetuju bahawa Mesut tidak membawa impak pada perlawanan besar.
“Bagaimana pula dengan kemenangan di laman sendiri ke atas Chelsea pada musim ini dan Manchester United setahun sebelum ini? Bagaimana dengan kemenangan Jerman ke atas Itali dan Perancis pada Euro 2016?
“Orang sering mengkritik Mesut kerana tidak berusaha keras atau tidak melakukan terjahan, ia sebenarnya kerana bahasa tubuhnya yang tampak sebegitu. Tetapi percayalah pada saya yang dia mahu berjaya di Arsenal, ” katanya.
AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lZCXF8✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment