Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dzeko Mengganas Ketika Roma Tumbangkan Villarreal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dzeko Mengganas Ketika Roma Tumbangkan Villarreal

EDIN Dzeko meledak hatrik ketika pelawanan menentang Villarreal pada aksi pertama peringkat 32 terakhir Liga Europa, awal pagi tadi.- Foto AP

PARIS: Edin Dzeko mencuri tumpuan ketika AS Roma mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas Villarreal pada aksi pertama peringkat 32 terakhir Liga Europa, awal pagi tadi.

Bekas penyerang Manchester City itu membuktikan ketajamannya apabila meledak hatrik, selepas Emerson meletakkan Roma di depan pada minit ke-32.

Dzeko adalah penjaring terbanyak Serie A ketika ini dengan 18 gol dan kini dia menambah koleksi gol kelapannya dalam kempen Liga Europa bagi memastikan Roma membawa bekalan selesa untuk aksi timbal balik kedua.

Sementara itu, Federico Bernardeschi menjaringkan gol tunggal daripada sepakan percuma tatkala Fiorentina mengatasi Borussia Moenchengladbach 1-0 di tempat lawan.

Alexandre Lacazette pula menjadi duri dalam daging apabila dua jaringannya membantu Lyon membenam AZ Alkmaar 4-1 di Belanda dan Schalke turut tidak ketinggalan dalam mencatat kemenangan besar.

Pasukan Jerman itu menewaskan PAOK3-0 di Greece dengan Klaas Jan-Huntelaar memastikan kemenangan untuk jaringan peribadi Eropah ke-50.

Aritz Aduriz meledak jaringan ketujuhnya dalam saingan Liga Europa untuk Athletic Bilbao tetapi kemenangan 3-2 di laman sendiri itu menyaksikan APOEL masih mempunyai peluang yang cerah untuk mara.

Krasnodar, Rostov, Shakhtar Donetsk, FC Copenhagen, Besiktas dan Anderlecht melengkapkan barisan pasukan yang turut mencatat kemenangan pada aksi pertama peringkat 32 terakhir Liga Europa.

Anderlecht menewaskan Zenit St Petersburg 2-0 di Brussels dengan kedua-dua gol itu hadir menerusi jaringan pemain antarabangsa Ghana Frank Acheampong.

Agensi

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kvIlDt

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.