Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kematian Kim Jong-nam: Kedutaan Indonesia Belum Dapat Kebenaran Jumpa Siti Aishah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kematian Kim Jong-nam: Kedutaan Indonesia Belum Dapat Kebenaran Jumpa Siti Aishah

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini belum mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Malaysia untuk berjumpa dengan seorang wanita pemegang pasport negara itu, Siti Aishah yang kini ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Kim Jong-nam Isnin lepas.

Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Andriano Erwin berkata pihaknya masih menunggu maklum balas dan kebenaran polis untuk berinteraksi dan menyemak identiti wanita itu yang dikaitkan dengan pembunuhan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

“Kedutaan sudah menghantar surat permohonan untuk berjumpa wanita itu kepada Wisma Putra tetapi kami masih belum mendapat kebenaran kerana siasatan polis masih berjalan.

Wisma Putra memberitahu, polis Malaysia ingin jalankan dan lengkapkan siasatan terlebih dahulu sebelum wanita itu dibenarkan berjumpa dengan siapa-siapa termasuk (pihak) kedutaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

BACA: Pembunuhan Kim Jong Nam: Siti Aishah boleh berbahasa Inggeris, Korea – Ibu

BACA: Kes bunuh Kim Jong-nam: Teman lelaki suspek wanita Indonesia ditahan

Dilapor, identiti lelaki yang mati itu, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, disahkan secara rasmi sebagai Jong-nam oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehingga berita ini ditulis, dua wanita asing dan seorang lelaki tempatan ditahan setakat ini berhubung kes itu.

Suspek wanita pertama, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2), memegang dokumen perjalanan Vietnam yang mana pasport itu menggunakan nama Doan Thi Huong, dengan tarikh lahir 31 Mei 1988 dan tempat lahirnya di Nam Dinh.

Polis menahan suspek wanita kedua memegang pasport Indonesia dengan nama Siti Aishah, yang menyatakan tarikh lahir pada 11 Feb 1992 dan tempat lahirnya di Serang, Indonesia.

Turut ditahan seorang lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun yang dikatakan teman lelaki Siti Aishah.

Kedua-dua suspek wanita kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lehfOu

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.