Steven Gerrard Akan Kembali Beraksi Di Anfield
LONDON 16 Feb. – Pemain legenda Steven Gerrard dijangka membuat kepulangan penuh emosi ke laman keramat Anfield apabila Liverpool mengesahkan dia akan beraksi dalam perlawanan amal menentang Real Madrid.
Pemain berusia 37 tahun itu tersenarai dalam barisan yang akan bermain dalam perlawanan pada 25 Mac ini, yang seakan-akan perlawanan ulangan kepada Carazon Classic di Santiago Bernabeu pada Jun 2015.
Bagaimanapun, Gerrard muncul salah seorang pemain yang paling diingini tampil beraksi oleh peminat Liverpool dan bekas ketua pasukan The Reds itu kini bersedia untuk membuat penampilan pertamanya di Anfield.
“Saya memang tidak sabar untuk bermain dalam perlawanan amal Yayasan Legenda Liverpool FC (LFC). Anfield akan sentiasa berada di tempat istimewa dalam hati saya.
“Ini satu penghormatan untuk saya berkongsi padang bersama legenda lain bagi mengumpul dana untuk kebajikan rasmi kelab,” kata Gerrard.
Dia akan menyertai barisan legenda Liverpool seperti Robbie Fowler, Ian Rush, Gary McAllister, Luis Garcia, Daniel Agger, Patrik Berger, Jerzy Dudek, Vladimir Smicer, Jason McAteer, Stephane Henchoz, Jamie Carragher, Phil Babb, John Arne Riise, John Aldridge, Sander Westerveld dan David Thompson.
Pemain tengah itu sentiasa cenderung untuk bermain dalam perlawanan itu sekembalinya dia ke Merseyside sebagai jurulatih akademi di bawah Jurgen Klopp bulan lepas. – AGENSI
Comments
comments
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m33EZn✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment