Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembaca Berita Bernama TV Ikut Jejak Harith Iskander - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembaca Berita Bernama TV Ikut Jejak Harith Iskander

Spread the love

SELEPAS kejayaan Harith Iskander menjuarai program komedi solo Funniest Person in the World akhir tahun lalu, seorang lagi pelawak tempatan turut melakar sejarah di luar negara.

Kali ini personaliti televisyen yang juga penyampai berita stesen Bernama News Channel (BNC), Hilmy Ashley apabila dia terpilih sebagai salah seorang peserta program Stand Up Komedi Indonesia anjuran Kompas TV.

Lebih unik, jejaka berusia 32 tahun ini tidak menyangka percubaan pertama dia untuk menyertai uji bakat musim ketujuh program lawak tersebut berhasil sekali gus mengharumkan nama Malaysia di negara jiran berkenaan.

Malah lebih bertambah manis katanya yang dipetik oleh portal MStar, dia turut menerima tiket emas yang jarang-jarang diberikan oleh juri pertandingan tersebut kepada peserta yang berjaya mara ke peringkat seterusnya.

“Alhamdulillah daripada 800 peserta dari pelbagai daerah di Indonesia yang hadir, saya bertuah terplih sebagai salah seorang peserta dan terkejut apabila diberikan tiket emas yang jarang-jarang diberikan oleh pihak juri.

“Dengan ada tiket emas itu, saya boleh terus mara ke peringkat yang seterusnya dan perlu membuat persembahan komedi secara langsung yang akan disiarkan di saluran televisyen berkenaan.

“Persaingan memang sengit kerana ramai yang hebat-hebat tetapi saya memang bersyukur dan tak menyangka juri-juri suka dengan persembahan komedi saya,” katanya kepada portal berita itu.

Hilmy memberitahu dia mulanya menjalani uji bakat program berkenaan di Jakarta pada 11 Februari lalu dan akan kembali ke negara tersebut untuk peringkat seterusnya pada April depan.

Dalam pada itu, Hilmy berkata, pemilihannya itu bukan sahaja pencapaian peribadi buatnya malah menganggap ia adalah misi untuk mengharumkan nama negara dalam bidang stand up comedy di Indonesia.

Jelasnya lagi, kemenangan pelawak terkenal Harith sebagai Funniest Person in the World di Finland 10 Disember tahun lalu turut meniup semangat untuk dirinya berentap pada pertandingan itu nanti.

“Sebelum saya bergelar sebagai pembaca berita televisyen, saya memang terlibat dalam bidang komedi berdiri tetapi ketika itu susah hendak bertahan agak lama.

“Tetapi sejak beberapa kebelakangan ini saya kembali aktif dan kemenangan Harith, saya ambil sebagai semangat untuk tembus pasaran komedi di Indonesia kerana masih belum ada sesiapa dari Malaysia berbuat demikian.

“Penyertaan ini juga adalah misi untuk harum nama Malaysia di Indonesia,” jelasnya. Ia juga menjadi platform buat pelawak seperti Ernest Prakasa, Kemal Palevi, Ge Pamungkas dan Mo Sidik yang lahir daripada program itu.

“Ini adalah percubaan pertama saya di luar negara setelah gagal dalam uji bakat program realiti lawak di sini. Bagaimanapun sebelum ini saya pernah terlibat dalam program Komediri dan Sembang Teh Tarik terbitan Astro.

“Selain itu, saya banyak membuat persembahan komediri di kelab-kelab komedi sekitar ibu negara dan sempat ‘berguru’ dengan Harith serta beberapa pelawak profesional tanah air,” ujar Hilmy.

Beliau merupakan penyampai berita BNC selain mengacarakan program Ruang Bicara di saluran sama serta menjadi pengacara segmen sukan di stesen TV3 untuk siaran langsung Liga Super Malaysia 2017

Bercakap lanjut mengenai uji bakat itu, Hilmy berkata, dia mempersembahkan komedi ringkas dengan mengangkat perbezaan masyarakat Malaysia dan Indonesia sehingga berjaya menambat hati juri sendiri.

Katanya lagi, baki masa dua bulan sebelum ke Indonesia akan digunakan untuk membuat persiapan dari segi bahan yang ingin dipersembahkan agar ia relevan dan dapat dinikmati oleh penonton di negara itu.

“Saya ingin mempromosikan situasi Malaysia dalam kalangan penonton Indonesia tetapi ia perlu juga kena dengan keadaan setempat selain senarionya boleh difahami oleh masyarakat di negara berkenaan sendiri.

“Seperti persembahan saya pada sesi uji bakat, saya pilih topik yang mudah difahami dan saling berkaitan di antara dua negara dan Alhamdulillah ia diterima baik,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2WRyM

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.