Huawei P10 Tertiris Memperlihatkan Butang Pengimbas Cap Jari Dihadapan
Lanjutan daripada beberapa gambar yang tertiris sebelum ini, kini evleaks berkongsi gambar Huawei P10 terbaru, memperlihatkan ia bakal hadir dalam tiga pilihan warna – iaitu biru, emas dan juga hijau.
Apa yang menariknya adalah Huawei P10 dilihat akan menggunakan butang pengimbas cap jari pada bahagian hadapan dan bukannya dibelakang seperti sebelum-sebelum ini. Pengguna dwi-kamera berjenama Leica seperti dikekalkan pada telefon pintar ini.
Huawei sebelum ini telah mengesahkan bakal memperkenalkan Huawei P10 pada acara MWC 2017 ini, dan kita akan mendengarnya secara rasmi dalam tempoh kurang 10 hari lagi. Selain Huawei P10, pihak Huawei turut dijangka hadir dengan variasi lain untuk telefon pintar baru ini.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ldnOk7✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment