Helang Merah Hilang Tiga Tonggak Temu Kelantan
PEMAIN Kedah, Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva dan Syazwan Zainon.
ALOR SETAR: Misi Kedah untuk meraih kemenangan pertama di tempat lawan musim ini sedikit terencat apabila tiga tonggak utama pasukan terpaksa diketepikan ketika berkunjung ke Kota Bahru, menjelang aksi Liga Super malam esok.
Skuad Helang Merah bakal berdepan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV tanpa kelibat Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva dan Syazwan Zainon yang masih alami kecederaan.
Ketua Jutulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, mengesahkan tiga pemain itu tidak menyertai pasukan berikutan kecederaan dalam perlawanan terdahulu termasuk ketika bertemu Kuala Lumpur Selasa lalu dan terpaksa digantikan dengan pemain muda.
“Kita akan tetap fokus memburu kemenangan walaupun perancangan asal sedikit terganggu.
“Kemenangan pertama di tempat lawan ini memang menjadi matlamat utama semua pemain yang selama ini bekerja keras dan menampakkan kesungguhan dalam latihan.
“Saya yakin pemain muda yang ada dalam pasukan akan dapat mengimbangi kekuatan seperti yang ditampilkan tiga tonggak ini dan seterusnya mengekalkan rekod tanpa kalah Kedah sejak bermula aksi Liga Super pada 20 Januari lalu.”
“Semangat tinggi yang dipamerkan oleh pemain Kedah dalam dua kemenangan besar sebelum ini mampu menjadi pendorong dalam meneruskan aksi konsisten di Kota Bharu.
Tan Cheng Hoe juga mengakui dia tetap berwaspada dengan ancaman tuan rumah yang mempunyai ramai penyerang hebat seperti Mohd Ghaddar dan Indra Putra Mahayuddin yang menampilkan penyudah berbahaya pada musim ini.
“Kelantan memiliki rekod tanpa kalah selepas mengatasi PKNS FC 3-1 dan Felda United 2-1 di tempat lawan pada dua perlawanan awal musim ini. Jadi, kita tidak boleh ambil mudah,” katanya.
Untuk rekod – Kedah menewaskan Kelantan 2-1 sebanyak dua kali dalam aksi Liga Super musim lalu masing masing di Stadium Darul Aman, Kedah dan Stadium Sultan Mohamad ke 4, Kota Bharu, Kelantan.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m1AzNO✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment