Sumareh Janji Gegar Gawang Pulau Pinang
GAMBAR fail, aksi Mohamadou Sumareh. – Foto ihsan https://twitter.com/modoubeyai
KUANTAN: Pemain tengah Pahang, Mohamadou Sumareh yang menjaringkan dua gol ketika membenam Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 4-2 di pusingan kedua Piala FA, bertekad mengekalkan aksi konsisten apabila bertemu Pulau Pinang, Sabtu ini.
Pemain kelahiran Gambia itu berkata, dua jaringan pada Selasa lalu memberi lebih keyakinan kepadanya serta rakan sepasukan untuk meletakkan Pahang pada kedudukan terbaik musim ini.
Selaku pemain, katanya dia gembira apabila dapat menjaringkan gol dan membantu skuad Tok Gajah layak ke pusingan ketiga piala berprestij itu.
“Saya harap dua gol ini akan memberi motivasi terbaik, bukan saja kepada saya malah rakan lain untuk memastikan Pahang mampu melangkah lebih jauh.
“Biarpun kami ketinggalan pada awal permainan, kebangkitan pada babak kedua akhirnya memberikan kejayaan bermakna buat pasukan,” katanya.
Ditanya persediaan Pahang menghadapi Pulau Pinang di Stadium Darul Makmur Sabtu ini, Sumareh berjanji mahu memastikan tiga mata menjadi milik skuad Tok Gajah.
Pemain 26 tahun itu berkata, biarpun Pulau Pinang dilihat gagal mempamerkan prestasi membanggakan, Pahang tidak boleh memandang mudah keupayaan lawan.
“Dengan kelebihan beraksi di laman sendiri, misi utama kami ialah mengutip mata selepas tewas 1-4 kepada Kedah minggu lalu.
“Kemenangan Sabtu ini (esok) akan meletakkan kami kembali di kedudukan terbaik saingan Liga Super,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lo3bnI✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment