Hi! Welcome Back and Stay Tune! ACC Kecam Pelumba Iran Positif Doping - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ACC Kecam Pelumba Iran Positif Doping

KUALA LUMPUR: Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) mengutuk keras pasukan Iran, Pishgaman Cycling Team selepas pelumbanya, Rahim Emami didapati positif doping ketika Jelajah Malaysia (JM) tahun lalu.

Berdasarkan kenyataan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebelum ini, sampel Emami didapati positif bahan terlarang steroid anabolic androgenic ketika beraksi dalam perlumbaan berkenaan yang berlangsung pada 18 Oktober tahun lalu.

Datuk Amarjit Singh Gill

Pengerusi Jawatankuasa Anti Doping ACC, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pendedahan terbaru itu menimbulkan persoalan lebih serius mengenai pengurusan pasukan dan kakitangan pasukan terbabit.

“Ini adalah doping yang sistematik dan berlaku betul-betul di hadapan kita,” kata Amarjit. “Kami percaya ini bukan kerja berseorangan tetapi rangkaian orang berusaha untuk melakukan doping sistematik dan ini perlu dihentikan.

“Dengan menggunakan doping, mereka menafikan peluang pelumba yang bersih daripada memperoleh apa yang sepatutnya mereka dapat hasil kerja keras mereka,” kata Amarjit yang juga naib presiden MNCF.

Amarjit juga akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan ACC di Bahrain bulan depan supaya ahli gabungan badan induk itu dan penganjur jelajah supaya tidak menjemput pasukan terbabit.

Katanya, pasukan terbabit hanya akan dijemput sekiranya mereka boleh membuktikan pelumba-pelumba mereka bersih.

“Selain itu, kami juga akan mencadangkan perlumbaan itu untuk diletakkan di bawah Kategori B oleh UCI bagi kawalan Anti Doping dengan ACC sendiri akan menjalankan kawalan dengan bantuan agensi anti doping tempatan,” katanya.

Emami, 34, memenangi peringkat pertama JM 2016 dengan pasukannya mendominasi perlumbaan terbabit apabila muncul juara keseluruhan manakala pelumbanya, Arvin Moazami Godarzi muncul juara keseluruhan manakala Amir Kolahdouz Hagh dinobat Raja Bukit.

Pada 2015, seorang lagi pelumba daripada pasukan berkenaan, Naser Rezavi didapati positif menggunakan steroid dan digantung empat tahun.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.