Hi! Welcome Back and Stay Tune! Presiden FAM: TMJ Vs Annuar Musa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Presiden FAM: TMJ Vs Annuar Musa

PETALING JAYA: Perebutan ‘kerusi panas’ jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tengku Ismail Sultan Ibrahim.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin selepas tempoh penyerahan borang penerimaan pencalonan tamat pada jam 5 petang tadi di Wisma FAM, di sini.

“TMJ dan Annuar merupakan dua calon yang telah mengesahkan pencalonan sehingga tarikh tutup iaitu pada jam 5 petang ini.

“Bagaimanapun pencalonan ini akan diteliti dalam Mesyuarat Exco pada 20 Februari ini,” katanya.

BACA: KJ muktamad undur diri jika TMJ sah bertanding kerusi Presiden FAM

BACA: Presiden FAM baharu mesti pakar dalam pengurusan bola sepak

Pengesahan penyertaan TMJ itu bermakna Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah tidak bertanding sepertimana pendiriannya yang dinyatakan sebelum ini, selain bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat yang juga menarik diri daripada perebutan itu.

Sementara itu, pertandingan bagi jawatan dua timbalan presiden bakal menyaksikan pertembungan antara empat calon, manakala sembilan calon bagi empat jawatan naib presiden.

Pemilihan FAM akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.