Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adiq Husainie Tarik Diri LTdL 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adiq Husainie Tarik Diri LTdL 2017

KUALA LUMPUR: Pemilik jersi putih perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016, Mohd Adiq Husainie Othman tidak akan mempertahankan gelaran itu selepas menarik diri daripada edisi 2017.

Ini disahkan Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal yang menjelaskan Mohd Adiq Husainie menarik diri berikutan mengalami kecederaan.

Ketiadaan pelumba Terengganu Cyling Team (TSG) itu dijangka menjadikan perebutan jersi putih kali ini lebih terbuka.

Emir percaya, pelumba KSPO dari Korea Selatan serta beberapa peserta lain dari Indonesia mampu menjadikan perebutan jersi putih kali ini tetap menarik.

“KSPO menghantar enam pelumba terbaik mereka dan ada juga beberapa pelumba Indonesia yang akan mengambil bahagian tahun ini…jadi perebutan jersi putih tetap terbuka.

“Saya percaya ada juga kemungkinan seorang pelumba asing yang mewakili pasukan benua Malaysia, mampu meraih jersi putih tapi tentunya dia bukan pelumba tempatan, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Kumpulan BMW Malaysia sebagai penaja jersi putih serta rakan automatif rasmi LTdL 2017, di sini hari ini.

Malaysia menampilkan tiga pasukan untuk perlumbaan edisi ini iaitu TSG, skuad kebangsaan dan Sapura yang akan membuat penampilan sulung di LTdL.

Sementara itu, Emir berkata pihaknya masih dalam proses memuktamadkan senarai pelumba kerana masih ada perubahan pada saat-saat akhir oleh pasukan yang mengambil bahagian kerana masalah kecederaan atau strategi mereka.

“Jumlah pasukan dan senarai pelumba dijangka dapat dimuktamadkan sebelum majlis pengenalan pasukan pada 21 Februari ini di Kuala Terengganu,” katanya. – BERNAMA





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.