Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk pelancaran perlu berpandu balistik jarak sederhana oleh Korea Utara pada Ahad.

Kementerian Luar berkata tindakan itu merupakan satu lagu pelanggaran terang-terangan terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu yang berkaitan.

“Malaysia amat kesal dengan insiden ini yang membawa kepada ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan global,” katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar berkata tindakan Korea Utara itu akan meningkatkan ketegangan global dan menghalang prospek keamanan berkekalan di Semenanjung Korea dan dunia secara am.

“Oleh itu Malaysia menggesa Korea Utara untuk menghentikan pelancaran peluru berpandu seterusnya dan mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu,” katanya.

Peluru berpandu itu dilancarkan ke Laut Timur yang jelas menimbulkan provokasi dalam memperkukuh kesiapsiagaan ketenteraannya dan menguji respons daripada pentadbiran baru Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap dengan memetik pihak ketenteraan Korea Selatan.

Misil itu yang berupa Rodong dilancarkan sekitar 7.55 pagi daripada pangkalan udara Banghyon di wilayah barat Pyongan Utara.

Ia mempunyai jarak sehingga 1,500 kilometer yang mampu sampai ke Korea Selatan dan Jepun.

— BERNAMA





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.