Hi! Welcome Back and Stay Tune! PFAM Sokong TMJ Presiden FAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PFAM Sokong TMJ Presiden FAM

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menyifatkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai individu paling layak sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden PFAM, Hairuddin Omar dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan sokongan itu bukan disebabkan baginda adalah penaung PFAM, sebaliknya berdasarkan rekod cemerlang pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Presiden PFAM, Hairuddin Omar. – Foto fail NSTP/Syarafiq Abd Samad

Katanya, TMJ memiliki tiga sifat utama untuk menjadi Presiden FAM iaitu memberi keutamaan kepada bola sepak, berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam pentadbiran bola sepak, serta mempunyai jaringan perhubungan luas dalam dunia bola sepak dalam dan luar negara.

“Berdasarkan penilaian menerusi ketiga-tiga kriteria itu, kami (PFAM) percaya TMJ adalah individu yang tepat untuk memikul amanah ini,” kata Hairuddin.

Beliau yakin Tunku Ismail boleh menyuntik beberapa elemen penting terutama dalam memperkasakan Liga Malaysia serta meningkatkan prestasi bola sepak kebangsaan melalui kemasukan pakar luar, penyusunan perlawanan berkelas A serta pendedahan di luar negara.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media hari ini mengesahkan Tunku Ismail dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa, sah bertanding jawatan Presiden FAM.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat yang turut dicalonkan untuk jawatan Presiden tidak mengesahkan pencalonan sehingga tempoh pencalonan ditutup, jam 5 petang tadi.

Selain itu, dua jawatan Timbalan Presiden bakal menyaksikan pertembungan antara empat calon, manakala sembilan calon mengintai empat jawatan Naib Presiden.

Pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 diadakan serentak dengan Kongres Tahunan FAM ke-53 pada 25 Mac ini. – BERNAMA





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.