"Terima Kasih TMJ, " Mat Tere
MUHAMMAD Zul Apiz Baharum (tengah) ketika ditemui di kediamannya di Kampung Dendang, Ketereh, Kota Bharu. – Foto Zaman Huri Isa
KOTA BHARU: “Terima Kasih Tengku Mahkota Johor (TMJ), ” itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, atau lebih dikenali Mat Tere yang dibebaskan malam tadi selepas ditahan reman selama tiga hari.
Mat Tere ditahan Rabu lalu selepas didakwa menghina Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui penyebaran video di media sosial minggu lalu.
Mat Tere ketika ditemui di kediamannya di Kampung Dendang, Ketereh, menzahirkan kesyukuran selepas dibebaskan dan tiba di rumahnya kira-kira jam 8 pagi tadi.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada TMJ kerana banyak menolong saya ketika berada dalam tahanan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
“Kepada si perakam video, saya harap jangan lagi lakukan perkara seperti ini kepada saya mahupun orang lain,” katanya.
Mat Tere berkata, dia berasa teruja dapat berjumpa dengan TMJ dan berpeluang untuk bersalaman serta makan bersama di istana di Johor Bahru sebelum pulang ke Kelantan.
“TMJ juga memberikan RM5,000 kepada saya dan keluarga… semua jasa TMJ tidak akan saya lupakan,” katanya.
Ibu saudaranya, Che Puan Che Harun, 70, berkata dia terkilan terhadap pihak yang cuba mempergunakan Mat Tere meskipun tahu keadaannya yang tidak normal.
“Mat Tere tinggal bersama bapa saudaranya Aziz Taib, 63, sejak kematian ibunya, Tinah Taib, 62, akibat kencing manis pada tahun 2005 manakala bapanya Baharom Osman, 65, yang berasal dari Pulai Chondong sudah lama menghilangkan diri.
“Sebab itu, saya terkilan masih ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap Mat Tere kerana saya tahu hidupnya agak susah jika dibandingkan dengan orang lain ditambah dengan keadaannya yang kurang sihat,” katanya.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment