Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menteri Mengarahkan Perkhidmatan Teksi-Motosikal, Dego Ride Untuk Dihentikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menteri Mengarahkan Perkhidmatan Teksi-Motosikal, Dego Ride Untuk Dihentikan

Dego Ride merupakan salah satu perkhidmatan baru yang beroperasi sejak beberapa bulan lepas dengan menawarkan perkhidmatan teksi-motosikal – dimana penumpang boleh membuat tempahan pengangkutan ke sesuatu destinasi dengan menaiki motosikal. Perkhidmatan ini lebih disasarkan kepada penumpang jarak dekat, dan beroperasi sekitar Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan berkenaan telah diumumkan sebagai menyalahi Akta Pengangkutan Jalan sebelum ini, dan kini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan perkhidmatan Dego Ride atau teksi-motosikal dihentikan kerana faktor-faktor keselamatan.

Kementerian dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkhidmatan berkenaan terus beroperasi. Ia dikatakan bertentangan dengan undang-undang dimana pembonceng motosikal tidak boleh mengambil pengguna awam dan mendapatkan bayaran untuknya. Mengambil bayaran berkenaan dikatakan adalah menyalahi undang-undang.

Pada masa yang sama, Menteri turut mengatakan yang mana mereka masih tidak belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak berkaitan dengan perkhidmatan Dego Ride ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kYmn94

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.