Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kakitangan Sokongan DBKL Banyak Berhutang – Tengku Adnan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kakitangan Sokongan DBKL Banyak Berhutang – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ramai kakitangan sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dibebani dengan masalah hutang.

Oleh itu Kementerian Wilayah Persekutuan berhasrat untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut, katanya.

“Ini termasuk membantu mereka melanjutkan tempoh pembayaran dan mengurangkan kadar faedah pembayaran bulanan mereka. Kami turut mencadangkan kepada DBKL untuk membantu mereka menyelesaikan hutang-hutang mereka terlebih dahulu dan membuat potongan gaji mereka kemudiannya.

“Namun mekanisme itu masih dalam kajian dan belum diputuskan lagi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan DBKL di sini hari ini.

Beliau berkata akibat berhutang, terdapat kakitangan sokongan yang gaji bulanannya mereka hanya tinggal RM50 setelah ditolak hutang yang perlu mereka langsai.

Kakitangan golongan itu merupakan antara lebih 1,200 kakitangan DBKL yang mempunyai kadar hutang bulanan yang tinggi, kata Tengku Adnan.

“Sehinggakan gaji bersih bulanan pun tingggal terlalu sedikit dan tidak mampu menampung kehidupan bulanan mereka.

“Terdapat juga kakitangan sokongan yang dikesan menipu dan mengubah suai slip gaji mereka bagi mendapatkan kelayakan pinjaman yang tinggi. Ada yang membuat pinjaman yang banyak, hampir menyamai kadar pendapatan bulanan mereka, tambahnya.

— BERNAMA





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.