Adidas Akan Menamatkan miCoach – Pengguna Boleh Berpindah Ke Runtastic
Pada 2015 yang lepas, Adidas telah mengambil-alih Runtastic, salah satu aplikasi kecergasan popular yang digunakan ramai seluruh dunia. Kini, selang dua tahun diambil-alih, pihak Adidas dilihat akan lebih memfokuskan kepadanya, dan sebaliknya aplikasi miCoach yang dimiliki mereka akan ditamatkan.
Aplikasi miCoach akan dapat terus digunakan sehingga 31 Disember 2018 kelak, tetapi ia tidak akan menerima sebarang kemaskini baru.
Sebagai untuk peralihan, pihak Adidas menyediakan kemudahan untuk pengguna beralih kepada aplikasi Runtastic dengan mudah – sekaligus meneruskan pemantauan pelbagai data-data berkaitan aktiviti kecergasan mereka.
Bagi anda yang masih menggunakan miCoach, mungkin sudah tiba masanya untuk beralih kepada aplikasi Runtastic yang turut dimiliki oleh Adidas.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kYNxN3
Post a Comment