Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN Perak Kenal Pasti Calon PRU14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN Perak Kenal Pasti Calon PRU14

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak telah memulakan proses mengenal pasti calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi BN negeri berkata proses tersebut akan menilai prestasi wakil rakyat sedia ada dan mengenal pasti potensi calon-calon baru.

“Kita akan menilai prestasi wakil rakyat sedia ada sama ada dikekalkan atau sebaliknya dan melihat calon-calon berpotensi yang disukai rakyat di kalangan BN.

“Kita akan membuat proses penyegaran parti pada PRU depan, mereka yang mempunyai kelayakkan sebaiknya tanpa juga kita melupakan calon akar umbi,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh pada Isnin.

Tambah beliau, BN Perak juga akan memberi tumpuan sepenuhnya secara sama rata kepada 59 kerusi yang akan dipertandingkan di negeri itu.

“Walaubagaimanapun kita perlu praktikal, 31 kawasan yang kita telah menang sudah tentu kita akan pertahankan.

“Demikian juga dengan kawasan-kawasan yang bukan sahaja kita menang dengan tipis tetapi juga kawasan yang kita kalah secara tipis, kita mempunyai peluang besar untuk menang semula kawasan berkenaan,” jelas beliau.

Mengenai pembahagian dan perubahan kerusi di kalangan parti komponen pula, beliau memberitahu perkara berkenaan akan dibuat melalui perbincangan dalaman di kalangan wakil-wakil parti di bawah BN.

“Ini merupakan fleksibiliti yang terdapat di dalam BN, kita akan bawa berbincang sesama kita, ini kaedah yang diguna pakai..kita tak bergaduh.

“Nama-nama calon sudah diberikan oleh parti komponen melalui perbincangan tidak lagsung namun ianya masih belum muktamad,” ujar beliau.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.